FacebookInstagramTwitterContact

 

Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>           'Perjalanan Kebudayaan Berhari Raya' Event           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Telisai           >>           Voting of Village Head           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Meningkatkan, Mengukuhkan Semangat Kebangsaan Kebruneian


 


 March 10th, 2023  |  10:13 AM  |   48 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei (PSB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengadakan Majlis Semarak Hari Kebangsaan yang bertemakan 'Semangat Kebangsaan Kebruneian'.

 

Majlis berkenaan akan diadakan pada Isnin, 13 Mac 2023 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Masjid Al-Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun.

 

Sehubungan itu, Sidang Media Bicara Sejarah : Semangat Kebangsaan Kebruneian bagi Majlis Semarak Hari Kebangsaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-39, Tahun 2023 diadakan petang tadi di Bilik Musyawarah, Tingkat 2, PSB, di sini.

 

Hadir ke Sidang Media bagi mengongsikan mengenai majlis berkenaan, Pengetua PSB, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong; Pemangku Timbalan Pengetua II, PSB, Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh; dan Ketua Imam Masjid Al-Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun, Awang Haji Abu Samah Shukri bin Haji Mohd. Hussein.

 

Antara tujuan majlis berkenaan diadakan adalah sebagai tanda syukur dan terima kasih kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas limpahan nikmat dan rahmat yang dimiliki dan dikecapi oleh rakyat dan penduduk NBD setelah mencapai kemerdekaan pada 39 tahun yang lalu.

 

Majlis berkenaan akan diisikan dengan Bicara Sejarah bertajuk 'Semangat Kebangsaan Kebruneian' dan dalam masa yang sama, pelbagai aktiviti juga diaturkan di sepanjang majlis berlangsung.

 

Antara aktiviti-aktiviti berkenaan ialah pameran sejarah, kuiz interaktif, menyusun salasilah keluarga dan jualan buku dari PSB.

 

Matlamat majlis berkenaan diadakan adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi semangat kebangsaan kebruneian kepada masyarakat Brunei khususnya golongan belia yang akan mewarisi bangsa Brunei pada masa akan datang.

 

Di samping itu, Bicara Sejarah berkenaan juga akan memberi gambaran dan pengetahuan kepada generasi muda masa kini terhadap perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu dalam mengembalikan kedaulatan negara ini.

 

Selain itu juga, agar golongan belia mengambil iktibar serta pengajaran daripada peristiwa yang lalu demi menjaga, memelihara, mempertahankan dan mendaulatkan hari kemerdekaan yang kita raikan setiap tahun pada 23 Februari sejak tahun 1984.

 

Orang ramai yang ingin menyaksikan Bicara Sejarah berkenaan secara langsung bolehlah melayari laman media sosial Instagram '@pusatsejarahbrunei' pada hari dan tarikh yang dinyatakan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48