FacebookInstagramTwitterContact

 

Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>           'Perjalanan Kebudayaan Berhari Raya' Event           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Telisai           >>           Voting of Village Head           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Kesedaran Tentang Pelupusan Sampah Yang Betul


 


 March 10th, 2023  |  10:07 AM  |   67 views

BELAIT

 

Kumpulan Simpur merupakan salah satu kumpulan Community Outreach Project di bawah Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Peringkat Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Kohort Ke-33 telah menjalankan Projek Rumahku Bersih, Negara Hijau di Rumah Panjang Kampung Melilas, Mukim Melilas, Daerah Belait, baru-baru ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Pegawai Daerah Belait, Mohammad Yassin bin Haji Ahmed selaku wakil Pemangku Pegawai Daerah Belait.

 

Projek Rumahku Bersih, Negara Hijau adalah satu program kesedaran yang memfokuskan kepada penduduk yang tinggal dalam komuniti etnik dan rumah panjang di Daerah Belait, khususnya Kampung Melilas.

 

Matlamat utama projek ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan pendidikan tentang pelupusan sampah yang betul dalam komuniti, mengamalkan pembuangan sisa yang lebih baik untuk kehidupan masyarakat yang sihat, dan juga mengekalkan persekitaran luar bandar yang murni.

 

Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi-agensi kerajaan iaitu Jabatan Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan, dan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Jabatan Sekolah-Sekolah (Kluster 6), Kementerian Pendidikan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) - Big BWN dan Zero Waste.

 

Antara aktiviti yang dimuatkan dalam program berkenaan ialah penyampaian 'Bin Kitar Semula' kepada wakil Rumah Panjang Melilas, Poster dan Buku Sumbangan kepada Guru Besar Sekolah Rendah Kampung Melilas dan Sekolah Rendah Kampung Sukang.

 

Seterusnya, taklimat penerangan mengenai alam sekitar hijau dan bersih dan kompos serta aktiviti Pengasingan Sisa Buangan dan demonstrasi mengenai tatacara kompos.

 

Turut hadir, penghuni-penghuni Rumah Panjang Melilas, guru-guru dan pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Kampung Melilas dan Sekolah Rendah Kampung Sukang serta pegawai-pegawai kerajaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48