Home > Bahasa Melayu
Dalami Ilmu Pengetahuan Mengenai Perangkaan Imbangan Pembayaran
March 10th, 2023 | 10:05 AM | 56 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 12 orang mahasiswa dan seorang pensyarah dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada 4 Mac 2023.
Lawatan daripada para mahasiswa UNISSA tersebut adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai perangkaan Imbangan Pembayaran (Balance of Payments statistics) di samping dalam memahami konsep yang digunakan dalam penyusunan Imbangan Pembayaran.
Perangkaan Imbangan Pembayaran adalah salah satu perangkaan dikeluarkan oleh JPES dan perangkaan tersebut memainkan peranan sebagai salah satu pengukur dalam memantau perkembangan ekonomi Negara Brunei Darussalam.
Lawatan sambil belajar tersebut adalah merupakan salah satu program advokasi jabatan dalam mengongsikan ilmu pengetahuan dan pengalaman di samping untuk membarigakan produk dan perkhidmatan JPES.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]