FacebookInstagramTwitterContact

 

Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>           'Perjalanan Kebudayaan Berhari Raya' Event           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Telisai           >>           Voting of Village Head           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peningkatan Keupayaan Aset, Persenjataan Menjadi Keutamaan ABDB


 


 March 9th, 2023  |  09:58 AM  |   180 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Keperluan bagi peningkatan keupayaan aset-aset dan persenjataan khususnya dalam mengekalkan tahap kesediaan dan kesiapsiagaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) adalah tidak boleh dipandang ringan kerana keutamaan bagi mengekalkan keselamatan negara adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.

 

Dari itu demi mencapai keutamaan ini, ia tidak wajar hanya diletakkan kepada keupayaan Kementerian Pertahanan dan ABDB semata-mata, malah ia memerlukan pendekatan secara kolektif melalui Whole of Nation dan penglibatan segenap lapisan masyarakat di negara ini.

 

Perlu ditegaskan di sini bahawa nilai keamanan tidak dapat diukur dengan apa juga bentuk mata wang malahan sebaliknya lebih banyak kos perbelanjaan akan timbul tanpa adanya keamanan dan keselamatan. Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada suasana aman dan selamat.

 

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dalam mukadimah Yang Berhormat pada hari kelima Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, pagi tadi.

 

Yang Berhormat juga berkata demi mencapai hasrat Bersatu Memperkasa Ke Arah Pertahanan Negara, Kementerian Pertahanan dan ABDB telah mengenal pasti beberapa keutamaan sebagai hala tuju dan sebagai penanda aras agar apa jua perancangan yang dihasratkan dan telah dirangka akan dapat dicapai dengan lebih realistik dan terarah seperti berikut;

 

Pertama, memantau dan menentukan apa jua perancangan dan visi yang terkandung di dalam Kertas Putih Pertahanan (Defence White Paper – DWP 2021) untuk direalisasikan dan dilaksanakan dalam erti kata lain melalui pendekatan semak dan imbang (Check and Balance).

 

Kedua, mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang sedia terjalin dengan negara-negara sahabat.

 

Ketiga, menentukan semua strategi perolehan keupayaan dan aset-aset ketenteraan ABDB adalah selaras Kertas Putih Pertahanan 2021, Force 2035 dan Force Structure Review (FSR) yang menjurus kepada mengenal pasti jurang keupayaan (Capability Gap) yang ada.

 

Keempat, memastikan peruntukan kewangan bagi setiap tahun kewangan adalah dimanfaatkan dan dibelanjakan secara berhemah berdasarkan kepada keperluan utama bukan kehendak semata-mata.

 

Kelima, menentukan kebajikan para pegawai dan setiap anggota ABDB dan warga awam Kementerian Pertahanan sentiasa diambil peduli.

 

Keenam, memastikan setiap rancangan penggantian (Succession Plan) bagi jawatan-jawatan utama di dalam Kementerian Pertahanan dan ABDB dirancang dengan teliti dan berkesan.

 

Pemantauan pencapaian Defence White Paper 2021 (DWP 2021) ini tambah Yang Berhormat dilaksanakan secara bersistematik melalui DWP 2021 Delivery Plan and Tracking yang pada masa ini dalam peringkat pelaksanaan.

 

"Aspek pengurusan strategi dan prestasi akan terus diberi perhatian khusus dalam memantau dan melaporkan kemajuan (Progress) bagi setiap pelaksanaan strategi dan perancangan pertahanan melalui penggunaan Petunjuk Prestasi Utama atau KPI," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48