FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2 Cef Tempatan Harumkan Nama Negara


 


 March 5th, 2023  |  11:56 AM  |   277 views

KUALA BELAIT

 

Persatuan Sutera dengan kerjasama Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Daerah Belait baru-baru ini meraikan dua cef tempatan yang telah berjaya mengharumkan nama negara pada pertandingan 'Malaysia Culinary World Cup 2023' persada kulinari antarabangsa.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Ketua Cawangan Perpustakaan DBP Kampung Pandan, Dayang Nursarfina Syazwani binti Muhd Khairin.

 

Dalam pertandingan 'Malaysia Culinary World Cup 2023' itu Cef Nooreen binti Awang Sapri mendapat tempat kedua, manakala Cef Rohana binti Mahmud mendapat penghormatan selaku ahli barisan juri antarabangsa yang menghakimkan pertandingan bertaraf dunia.

 

Pada keraian itu Pelita Brunei berkesempatan menemu bual Penasihat Persatuan Sutera, Awang Ramli Haji Chi yang berkata, "Kita turut berbangga dengan pencapaian anak tempatan kita di pertandingan yang menampilkan lebih 600 peserta antarabangsa termasuk dari Jepun, Korea, China dan Eropah.

 

"Majlis dianjurkan sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka," ujar Penasihat Persatuan Sutera itu.

 

Tambahnya, apa yang diraikan bukan sahaja kejayaan yang dicapai oleh para cef berkenaan, tetapi juga mempunyai semangat keberanian, yakin diri dan sifat daya saing tinggi yang dimiliki oleh kedua-dua chef tersebut.

 

 "Nilai-nilai tinggi sebegitu harus sama-sama kita hargai dan dijulang tinggi agar anak tempatan yang berkemahiran rasa dihargai selain menjadi sumber inspirasi kepada yang lain", terangnya lagi.

 

Beliau juga berharap bahawa Persatuan Sutera akan terus berusaha ke arah sama-sama menjayakan wawasan negara untuk melahirkan rakyat dan penduduk yang berilmu dan berkemahiran.

 

Antara usaha yang sedang diungkayahkan oleh persatuan tersebut ialah akan menerbitkan buku resipi masakan Brunei dengan kerjasama DBP.

 

 Selain itu, persatuan berkenaan juga dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah Dapur Kulinari yang menyediakan kemudahan bagi kursus memasak, pembuatan kuih muih dan kursus perkhidmatan pelanggan ke arah mencapai hasrat Wawasan 2035.

 

Majlis yang berlangsung di Perpustakaan DBP Kampung Pandan itu turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, Pemangku Ketua Kampung Sungai Teraban, kakitangan DBP dan Ahli-ahli Persatuan Sutera.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24