FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperkasa Keupayaan Belia Menjayakan Wawasan Brunei 2035


 


 March 4th, 2023  |  09:17 AM  |   454 views

TEMBURONG

 

Wawasan Brunei 2035 mempunyai tiga matlamat iaitu rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, rakyat yang mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi serta ekonomi negara yang dinamik dan berdaya tahan.

 

Justeru, generasi belia antara tumpuan utama dalam usaha kita bersama menjayakan wawasan negara melalui kekuatan ugama dengan keimanan yang kuat dan jangan sampai tergugat oleh anasir-anasir luar yang buruk.

 

Pegawai Perkembangan Ugama, Ketua Unit Da'wah Daerah Temburong, Awang Haji Hazimin bin Haji Metali semasa memberikan Tazkirah Subuh menjelaskan, sememangnya realiti sekarang berbeza dengan pada zaman Rasulullah yang berjihad di jalan Allah.

 

Apabila menyentuh aspek jihad dan syahid pada hari ini, terus sahaja kita dibayangi dengan persoalan teroris, ganas dan keras. Apatah lagi persoalan anak kecil yang terlibat dengannya.

 

Tazkirah Subuh bertajuk 'Menjayakan Wawasan Negara' juga menerangkan, tidak dinafikan, naratif menolak keganasan suatu yang penting, salah faham terhadap jihad mesti dibetulkan dan meninggalkan ajaran jihad kepada anak-anak juga menjadikan jiwa mereka rapuh dengan Islam.

 

“Kenapa kita dibayangi dengan keganasan pasal pengaruh media barat yang prejudis kepada Islam. Adanya cubaan untuk menormalisasikan budaya Barat ke fikiran orang Timur.

 

“Dalam Surah An-Nisa, ayat 34 bermaksud, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka," tegasnya pada acara Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di Masjid bagi Tahun 1444H / 2023M bertempat di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, hari ini.

 

Menurut Awang Haji Hazimin, seorang ahli falsafah kuno dari Cina ada mengatakan, 'confucious' (kongzhi) jika rencanamu untuk satu tahun ke depan, maka tanamlah padi. Jika rencanamu untuk 10 tahun ke depan, tanamlah pohon. Jika rencanamu untuk 100 tahun ke depan, didiklah anak-anak.

 

Secara tidak langsung ahli falsafah ini menekankan bahawa pendidikan itu bukan suatu proses yang singkat. Semua kita tahu kepentingan pendidikan dapat dilihat dari kesibukan ibu bapa mendaftarkan anak-anak ke sekolah.

 

Proses pendidikan katanya lagi, dilihat menerusi pendidikan dengan menabur benih moral (karakter) sewaktu dari kecil, menekankan pada pembentukan karakter dan sikap.

 

Contohnya, dengan melatih kedisiplinan, kerja keras dan kesantunan adab melintas depan orang tua serta adab memberi salam.

 

Kedua katanya, pendidikan itu menyemai semangat, kepercayaan diri, motivasi, dan keteladanan. Empat perkara tersebut bukan semula jadi dan harus disemaikan perlahan-lahan. Tidak boleh 'instant' akan tetapi ia harus konsisten di mana menyemaikannya bukan pekerjaan mudah dan murah.

 

Ketiga, pendidikan itu menanam dan menumbuhkan kepekaan, empati dan simpati. Kepekaan belia terhadap diri sendiri, orang lain dan lingkungan merupakan aspek sosial yang besar untuk kehidupan bermasyarakat (tidak camah mata).

 

Keempat, pendidikan itu mengolah tekad, rasa, dan cipta. Tekad adalah pendorong jiwa untuk berkehendak dan berniat. Mengolahnya bererti memastikan bahwa segala niat, kehendak yang dilakukan selalu positif, manakala rasa mengiringi supaya memperincikan lagi keluhuran seseorang (kesungguhan) dan cipta mempertajamkan kreativiti kita.

 

Kelima, pendidikan itu membanteras kebodohan dan kesombongan. Umur 15 tahun, pendidikan wajib berakhir mengikut Akta Pendidikan Wajib. Umur 25 tahun, di mana umur purata bagi belia untuk mandiri dari segi kewangan, mula membina keluarga dan menumpukan kepada kemajuan diri dan kerjaya.

 

Manakala tatkala umur 35 tahun di mana umur belia matang sepenuhnya dan mula mengasah kemahiran kepimpinan termasuk membuat keputusan dan dapat menyumbang secara aktif kepada masyarakat. Menjelang umur 35 tahun, belia sepatutnya sudah mencapai matlamat Dasar Belia Negara.

 

Awang Haji Hazimin seterusnya berkongsi kisah Ashabul Kahfi iaitu sekumpulan pemuda yang menyelamatkan diri daripada penguasa yang zalim demi memelihara akidah mereka.

 

 

 

Allah Subhanahu Wata'ala memuji tindakan mereka melalui firman-Nya di dalam Surah Al-Kahfi, ayat 13 yang bermaksud, “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka (pemuda Ashabul Kahfi) dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk".

 

Hadir pada acara yang dungkayahkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Hadir sama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir juga selaku Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau.

 

Juga hadir, Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap (Kesukanan), KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan dan Setiausaha Tetap (Kebeliaan), KKBS, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin.

 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang; Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim serta Pegawai-pegawai Kanan KKBS.

 

Program dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah yang diimamkan oleh Awang Muhammad Nursyazwi Zawawi bin Shahri dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan disemarakkan dengan bacaan Surah Al-Kahfi dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Muhammad Noor Syahmi bin Mazne dari KUPU SB dan diakhiri dengan Sembahyang Sunat Dhuha.

 

Majlis disertai seramai lebih 300 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid; Pegawai-pegawai Kerajaan; Persatuan dan Pergerakan Belia; Belia-belia Masjid serta penduduk sekitar Pekan Bangar.

 

Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di masjid kali ini merupakan salah satu acara di dalam Program Semarak Hari Kebangsaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39, Tahun 2023.

 

Program ini dihasratkan dapat mendidik diri para belia untuk mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid serta memberikan pendedahan kepada para belia dengan mengisi aktiviti yang bermanfaat terutama sekali dalam mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid-masjid.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24