FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang


 


 March 4th, 2023  |  09:11 AM  |   192 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) APEC pertama diadakan pada 26 hingga 28 Februari yang berlangsung di Palm Springs, California, Amerika Syarikat dan dipengerusikan oleh Pengerusi APEC SOM 2023, Michael J. Pyle.

 

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil dari APEC Economies, wakil dari APEC Business Advisory Council (ABAC), Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik dan organisasi antarabangsa lain.

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) telah diwakili oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Perindustrian), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim.

 

SOM APEC pertama dalam siri SOM dijadualkan pada 2023 di bawah tuan rumah APEC Amerika Syarikat, didahului oleh mesyuarat sektoral seperti Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan, Perkongsian Dasar Wanita dan Ekonomi, Jawatankuasa Ekonomi, Kumpulan Kerja Kesihatan dan Kumpulan Mobiliti Perniagaan.

 

Di bawah tema 'Creating a Resilient and Sustainable Future for All', Pegawai-pegawai Kanan telah bertukar-tukar pandangan tentang tindakan yang akan membina wilayah berdaya tahan dan saling berkaitan serta memajukan kemakmuran ekonomi yang meluas; mewujudkan persekitaran yang inovatif untuk masa depan mampan dan memastikan masa depan saksama dan inklusif untuk semua.

 

Dalam kenyataan Timbalan Setiausaha Tetap mengalu-alukan keutamaan APEC pada 2023 dan menyatakan sokongan NBD untuk bekerjasama secara kolektif dengan ekonomi dalam memupuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang di rantau ini, antara lain, melalui penggalakan perdagangan dan pelaburan serta persekitaran yang membolehkan pembangunan mampan dan inklusif.

 

Usaha ini termasuk kerjasama APEC untuk memudahkan lagi perdagangan, meningkatkan perdagangan digital, memperkasakan PKS dan wanita, sambil menggemakan seruan kuat untuk penglibatan sektor awam-swasta untuk memajukan agenda kemampanan rantau ini.

 

Amerika Syarikat bercadang untuk menganjurkan beberapa mesyuarat peringkat tinggi pada tahun 2023, termasuk Mesyuarat Ministers Responsible for Trade, Mesyuarat Menteri Pengangkutan, Mesyuarat Menteri Tenaga dan Mesyuarat Menteri Keselamatan Makanan, yang berakhir dengan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC pada November 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat.

 

ABAC, cabang sektor swasta APEC, juga akan mengadakan mesyuarat sepanjang tahun, dengan Mesyuarat Keduanya akan dihoskan oleh Anggota ABAC Negara Brunei Darussalam pada April 2023 di NBD.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24