FacebookInstagramTwitterContact

 

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sambutan Israk, Mikraj Peringkat Negara Diadakan 18 Februari


 


 February 3rd, 2023  |  12:00 PM  |   1091 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi memperingati kembali peristiwa bersejarah Israk Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi Tahun 1444 Hijrah akan diadakan pada Sabtu, 27 Rejab 1444 Hijrah bersamaan 18 Februari 2023 Masihi mulai jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi Tahun 1444H pada tahun ini membawakan tema 'Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian : Sembahyang Meraih Redha Allah'.

 

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara tahun ini akan diisikan dengan Persembahan Selawat, Ceramah Khas dan Persembahan Khas.

 

Sambutan pada kali ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Syarikat PDS Sdn. Bhd., PaddyCo Sdn.Bhd. dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU.

 

Para jemputan, Ahli Jawatankuasa, para peserta persembahan dan individu yang hadir ke majlis itu nanti dinasihatkan untuk melakukan Ujian Pantas Antigen (ART) di rumah masing-masing dan memuat naik (upload) keputusan ART COVID-19 ke aplikasi BruHealth pada hari majlis berkenaan.

 

Selain itu, para jemputan hendaklah menunjukkan keputusan ART yang negatif melalui aplikasi Bruhealth kepada penyambut tetamu atau AJK yang bertugas.

 

Para jemputan juga digalakkan mensanitasi tangan, elakkan untuk bersalam-salaman dan sentiasa melaksanakan penjarakan sosial mengikut SOP Kementerian Kesihatan.

 

Individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk, selesema dan masalah pernafasan adalah dinasihatkan untuk tidak menghadiri majlis.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04