FacebookInstagramTwitterContact

 

Turkish Embassy Hosts Bangladeshi Diplomats           >>           Opening of Registration for Penilaian Sekolah Rendah 2024           >>           Water Tank Cleaning Works           >>           Blood Donation Campaign           >>           Participate in Overseas Learning Journey Programme           >>           Endowment of UNISSA's Mushaf Handover Ceremony           >>           Launching of Prototype Vehicle           >>           Final of the National Musabaqah Al-Quran Reading 2024           >>           Final Preparation to Welcome the Arrival of Haj Pilgrims           >>           Doa Kesyukuran for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Guna Dadah Di CiC


 


 September 30th, 2021  |  11:31 AM  |   730 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tiga wanita, warga tempatan, dijatuhkan hukuman denda dan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, setelah terlibat memakan dadah terkawal kelas 'A' Methamphetamine.

 

Tertuduh, Noorhadahyat binti Aji (D1); Siti Kamilah binti Haji Mohammad (D2); dan Fatin @ Masyitah binti Haji Amzah (D3) didakwa melakukan kesalahan itu, di tandas Pusat Pengasingan Komuniti (CiC), Kem Latihan Pusat Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), di Batu Apoi, Temburong, pada 12 September 2021, kira-kira jam 8.30 malam.

 

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara enam bulan, masing-masing terhadap D1; dan D2, juga  D1 mengaku bersalah atas dua tuduhan penggunaan dadah yang lain, pada November 2019 dan Ogos 2020. Dia dikenakan denda BND3,000, jika tidak akan dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan diberi tempoh satu bulan untuk membayar denda.

 

Manakala D3 dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang untuk pesalah kedua.

 

Tertuduh-tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh seorang jurubahasa, di hadapan Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman.

 

Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Abdul Latiff menekankan, bahawa kesalahan yang dilakukan oleh defendan tidak seperti kes penyalahgunaan dadah lain yang pernah didengar di mahkamah, di mana hukuman denda dikenakan untuk pesalah pertama. Kesalahan itu, dilakukan oleh pesakit yang positif COVID-19 dan menjalani kuarantin, di sebuah Pusat Pengasingan yang disediakan oleh kerajaan.

 

Kira-kira 700 pesakit dan lebih 100 petugas barisan hadapan, terdiri daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Kesihatan, Pasukan Polis Diraja Brunei, PKBN dan Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam, ditempatkan di CiC.

 

Timbalan Pendakwa Raya juga menyatakan, bahawa dalam menangani tingkah laku terdakwa, fokus dan tenaga kerja daripada barisan hadapan terpaksa beralih dari tanggungjawab utama mereka untuk menjaga kesihatan dan keperluan pesakit.

 

Majistret Kanan mendapati, bahawa tingkah laku defendan yang tidak tahu malu dan tidak bertimbang rasa, bukan hanya membahayakan kesihatan pihak berkuasa dan pekerja kesihatan, tetapi juga pesakit di sana.

 

Tidak ada keraguan, bahawa hukuman tahanan dikenakan kepada tertuduh dan ia adalah mesej yang tegas juga jelas kepada orang-orang yang berfikiran serupa mengenai kecaman mahkamah terhadap tindakan yang memalukan, di sebuah Pusat Pengasingan. Ini, terutama berlaku berikutan insiden yang dilaporkan, di Pusat Pengasingan diri, pada minggu lalu.

 

Kes ini disiasat oleh Biro Kawalan Narkotik setelah Defendan habis menjalani kuarantin dan merupakan kes pertama yang didakwa berkaitan dengan kejadian yang berlaku, di CiC.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Cold Lava' Sweeps Villages Near Volcano, Killing 41

 2024-05-14 01:07:29

Scottish Water Investigates Chemical Waste Reports

 2024-05-14 02:27:20