FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kampus Kekal UNISSA Di Mukim Labu


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UNISSA, ketika mengurniakan titah pada Majlis Haflut Takharruj Kali Ke-8 UNISSA, di Dewan Plenari Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 


 September 18th, 2018  |  11:29 AM  |   899 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mahu UNISSA menjadi tonggak memelihara ugama yang perlu kukuh dan teguh, ibarat tembok yang kuat, berperanan menahan ombak besar.

 

''Kerana itu, melihat kepada kepentingan ini, beta telah memperkenankan satu tapak, di Mukim Labu, Temburong bagi kampus kekal UNISSA didirikan. Beta juga memperkenankan satu peruntukan di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 bagi pembinaan kampus ini,'' titah baginda semasa Majlis Hafl Al-Takharruj Kali Ke-8 UNISSA, di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Kebawah DYMM seterusnya bertitah melahirkan harapan dengan adanya kampus ini kelak, akan melonjaklah lagi reputasi UNISSA dan sekali gus merealisasikan harapan semua untuk melihat UNISSA sebagai hab pengajian tinggi Islam di rantau ini.

 

''UNISSA bukan sahaja perlu cemerlang dalam negara, malah juga mesti cemerlang di peringkat serantau dan global. Maka untuk itu, tibalah masanya untuk UNISSA merebut kedudukan dari segi sistem 'ranking' di peringkat rantau mahupun dunia. Alangkah baiknya, jika UNISSA dapat membuktikan dirinya sebagai mampu untuk menjadi saingan kepada universiti-universiti yang lain,'' titah baginda.

 

Bagi mengakhiri titah, baginda juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga UNISSA yang merangkumi Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Senat Universiti, Rektor, Pegawai-pegawai Utama, ahli-ahli akademik, pegawai dan kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka.

 

Baginda bertitah mendoakan semoga Allah Subhanahu Wata'ala jua yang akan membalas mereka dengan ganjaran yang berlipat ganda.

 

Terdahulu, Kebawah DYMM dalam titahnya dengan sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian di UNISSA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06