Home > Sports
Sai Bisai Sha Juara Bola Sepak PB Sports Fiesta 2018
JUARA Pertandingan Bola Sepak sempena Politeknik Brunei Sports Fiesta 2018, Pasukan Sai Bisai Sha.
April 11th, 2018 | 11:29 AM | 4049 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Sai Bisai Sha dari Sekolah Perdagangan Politeknik Brunei (School of Business) menjuarai Pertandingan Bola Sepak sempena 'Politeknik Brunei Sports Fiesta 2018' selepas menewaskan pasukan SSE 'B' dari Sekolah Sains dan Kejuruteraan (School of Science and Engineering).
Pertandingan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Brunei (MP3B) berlangsung di Padang Bola Sekolah Menengah Berakas pada 8 April lalu.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Ketua Pusat Perkembangan dan Innovasi Pelajar (Centre for Student Development and Innovation), Awang Haji Ehwan bin Juned selaku tetamu kehormat majlis.
Berada di tempat ketiga ialah Pasukan Sekolah Informasi dan Teknologi Maklumat (School of ICT).
Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan tersebut terdiri dari pasukan-pasukan dari 4 buah Sekolah di bawah Politeknik Brunei. Hari kemuncak bagi 'PB Sports Fiesta 2018' akan diadakan pada 19 April ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]