FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lebih banyak takat tiruan di pesisiran pantai dibina


Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.

 


 March 20th, 2018  |  11:34 AM  |   1382 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perikanan memang mempunyai inisiatif untuk membina lebih banyak takat-takat tiruan di pesisiran pantai.

 

Kawasan-kawasan takat tiruan itu berfungsi sebagai kawasan-kawasan perlindungan dan pembiakan anak-anak ikan, dan pada masa yang sama ianya akan dapat meningkatkan produktiviti kawasan-kawasan menangkap ikan bagi menambah pendapatan para nelayan.

 

Perkara demikian  dinyatakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong bagi menjawap soalan yang dikemukakan dari Yang Berhormat Awang Hanafi bin Mohd. Siput.

 

Pada hari ke-11 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis di sini, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan   seterusnya berkata salah satu cara bagi penambahan takat di negara ini adalah melalui kerjasama di antara Jabatan Perikanan dengan Brunei Shell Petroleum (BSP), iaitu dengan menggunakan bekas pelantar minyak yang tidak digunakan lagi untuk disumbangkan dan dijadikan takat tiruan, menurut perundangan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Perhubungan bagi memastikan proses deployment adalah teratur.

 

"Aktiviti ini adalah diharap akan dapat dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan sumber perikanan di negara ini. Walau bagaimanapun, disebabkan hasil penangkapan ikan dilaut terlalu bergantung kepada cuaca dan juga sumber yang menurun, maka Jabatan Perikanan menggalakkan lebih banyak aktiviti akuakultur yang berkeupayaan mengeluarkan penghasilan di sepanjang tahun," ujarnya.

 

Bagi Daerah Belait, tambahnya,  terdapat beberapa kawasan yang telah dikenal pasti kesesuaiannya yang akan dibukakan untuk pengusaha atau nelayan sedia ada di Daerah Belait yang berminat seperti di Kuala Balai seluas 23 hektar.

"Kita juga mempunyai pengusaha menternak dan penetasan udang galah yang aktif di Kampung Rempayoh, Dearah Belait," katanya lagi.

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan seterusnya menambah, statistik yang menunjukkan penurunan hasil tangkapan antara lain disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu dan juga bilangan nelayan yang berkurangan.

 

Sementara itu, statistik yang diperolehi dari Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri menunjukkan peningkatan pencerobohan di pelantar-pelantar minyak sejak 2015 iaitu 32 kejadian sehingga 87 kejadian dicatatkan pada  tahun lalu.

 

"Penguatkuasaannya dilaksanakan secara bersepadu daripada Polis Marin sebagai agensi penyelaras (leading agency), Jabatan Perikanan dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dengan bantuan Syarikat Minyak Shell sendiri," tegas Yang Berhormat Menteri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16