FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teknologi Fertigasi Hasilkan Produk Berkualiti


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus. | FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 May 13th, 2016  |  10:38 AM  |   4954 views

TUNGKU

 

Khamis, 12 Mei. - Para peladang seharusnya mendalami serta mempelajari ilmu dan kemahiran teknologi fertigasi berikutan sistemnya yang lebih produktif, kurang kos operasi, jimat baja dan air, bersih tanpa bau, mesra alam serta penghasilan produk berkualiti tinggi.

 

Ke arah mencapai inisiatif itu, sokongan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan menerusi Ameenfarm Agrotech and Trading mengendalikan Kursus Pengenalan Teknologi Fertigasi, berlangsung di Unit Industri Sayur dan Teknologi Tinggi, Taman Agroteknologi, di sini.

 

Hadir menyampaikan sijil kepada lebih 60 peserta yang mengikuti kursus selama sehari itu ialah, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Fasilitator kursus disampaikan oleh seorang Pakar Fertigasi dari Malaysia, Yaseer Suhaimi Mohamad yang juga Pensyarah Kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) antara lain menerangkan teknologi berkenaan merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah.

 

Dalam taklimatnya juga menjelaskan sistem pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak terus kepada akar pokok melalui sistem pengairan.

 

Sementara itu, Pengurus Am, Ameenfarm Agrotech and Trading, Awang Haji Irwandy bin Haji Lois ketika ditemui berkata, kursus pengenalan tersebut adalah bagi mempromosikan teknologi itu kepada para peladang untuk beralih daripada penanaman tradisi kepada sistem yang lebih moden dan banyak kelebihan.

 

Kaedah sistem ini katanya, hanya memberikan keperluan nutrisi kepada tanaman pokok secara tepat di samping menghindari daripada penyakit-penyakit yang dibawa daripada tanah dan ia mampu memendekkan masa penuaian berbanding cara tradisional.

 

Fertigasi ini tambahnya sistem berintegrasi bukan sahaja kepada tumbuhan atau tanaman malah kepada pengurusan ladang.

 

Haji Irwandy menjelaskan, teknologi fertigasi ini sama seperti hidroponik yang menggunakan baja-baja tertentu sahaja berlainan dengan cara konvensional yang menggunakan baja MPK.

 

Selain memberikan khidmat konsultan, syarikat itu juga berhasrat membuka ladang teknologi modennya sendiri dalam usahanya menghasilkan dan mengeksport produk tanaman yang bermutu ke luar negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16