Home > School
Sekolah Ugama Negalang Tumpuan Program Keagamaan Senegara
March 16th, 2018 | 11:31 AM | 21790 views
TEMBURONG
Sekolah Ugama Negalang sesi petang menjadi tumpuan di Daerah Temburong dalam mengadakan Program Keagamaan Senegara bulan Mac yang bertemakan 'Waspada Penggunaan Media Sosial'.
Seramai 45 orang murid sekolah ugama tersebut mendengarkan tema tazkirah yang disampaikan oleh Guru Kanan Pentadbiran, Awang Hamdan bin Haji Edris.
Pengisian tazkirah antara lain menggariskan kebaikan dan keburukan media sosial, yang pada dasarnya bertujuan untuk memudahkan sesuatu komunikasi jika digunakan dengan betul, dan jika sebaliknya pula akan membawa perkara sia-sia yang merugikan.
Selain itu, murid-murid juga dinasihatkan agar tidak dilalaikan oleh penggunaan laman sosial yang berlebihan dan tidak terkawal, yang boleh memberikan kesan buruk, di samping terdedah dengan budaya negatif seperti penyebaran ideologi yang merosakkan dan bertentangan dengan syariat Islam.
Begitu juga dalam memastikan maklumat yang diterima melalui media sosial hendaklah sahih dan tepat, bagi mengelakkan penyelewengan dan kepalsuan fakta serta mengelakkan kekeliruan dengan merujuk kepada sumber asal maklumat tersebut.
Majlis diakhiri dengan Dikir Syarafil Anam dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Guru Penolong, Awang Md. Idham bin Haji Talib @ Raman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]