Home > Bahasa Melayu
Berkenan menerima mengadap Menteri Luar Negeri Kingdom of Thailand
January 17th, 2018 | 11:16 AM | 971 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Luar Negeri Kingdom of Thailand, Tuan Yang Terutama Don Pramudwinai yang mengadakan lawatan rasmi ke negara ini selama dua hari.
Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Menteri Luar Negeri Kingdom of Thailand telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Kingdom of Thailand serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.
Menyertai bersama Tuan Yang Terutama Menteri Luar Negeri Kingdom of Thailand pada Majlis Mengadap itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kingdom of Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes.
Juga hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]