Home > Bahasa Melayu
Mangsa banjir terima bantuan
January 17th, 2018 | 11:14 AM | 1085 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Selaras dengan dasar penubuhannya, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) terus melaksanakan aktiviti kebajikan khususnya membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Sehubungan itu, seramai 58 mangsa banjir di beberapa buah kampung di Mukim Bukit Sawat, daerah ini menerima bantuan dalam bentuk makanan asasi dan barang keperluan harian.
Sumbangan bantuan tersebut disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB.
Pengendalian pengagihan barang-barang bantuan ke 12 buah rumah mangsa banjir dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YSHHB iaitu Persatuan Pacuan Empat Roda Brunei Darussalam dalam menyediakan pengangkutan.
Turut sama memberikan bantuan pengangkutan ialah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Hadir sama, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang; Yang Berhormat Awang Hanafi bin Mohd. Siput, Ketua Kampung Labi 1; Pengarah Urusan YSHHB, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny dan Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]