FacebookInstagramTwitterContact

 

China's C919 Passenger Plane Enters Into Service           >>           US Debt Ceiling Deal Ready For Congress Vote, Joe Biden Says           >>           Food Price Cap Will Not Make A Difference - Retailers           >>           China Discloses Tasks Of Shenzhou-16 Crewed Space Mission           >>           China Conducts Central Bank Bills Swap           >>           China's Central Bank Adds Liquidity Via Reverse Repos           >>           China's interbank treasury bond index opens lower Monday           >>           Cuba Advances In Telecommunications Services           >>           Chinese yuan strengthens to 7.0575 against USD Monday           >>           Gardening Tips: 12 Non-Toxic Ways To Get Rid Of Weeds In Your Driveway           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Let’s Raya 2023
April 13th, 2023 | 10:09 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:33 AM

Subuh

: 04:43 AM

Syuruk

: 06:06 AM

Doha

: 06:30 AM

Zohor

: 12:19 PM

Asar

: 03:43 PM

Maghrib

: 06:29 PM

Isyak

: 07:44 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Kesyukuran Bakal Jemaah Haji Kementerian Pendidikan


 


 May 26th, 2023  |  08:33 AM  |   141 views

BERAKAS

 

Bakal-bakal jemaah haji perlu menanamkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana terpilih untuk menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini.

 

Melaksanakan ibadah Haji bukanlah satu perkara yang mudah kerana jemaah akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang di luar jangkaan sepanjang berada di tanah suci kelak.

 

Oleh itu, para jemaah haji perlu memperbanyakkan tawakal dan bersabar dalam menghadapi ujian dan sentiasa menjaga perkataan dan tingkah laku semasa melaksanakan ibadah berkenaan.

 

Demikian antara nasihat yang disampaikan dalam ceramah khas bertajuk 'Meraih Haji Yang Mabrur' oleh Pegawai Perkembangan Ugama/Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Dakwah, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa pada Majlis Doa Kesyukuran dan Doa Selamat bagi bakal jemaah haji 1444H/2023M pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan, Berakas.

 

Menurut beliau lagi, mereka yang beroleh Haji yang mabrur seolah-olah baharu lahir dari perut ibu mereka, iaitu suci daripada dosa dan tidak ada balasan lain bagi haji yang mabrur melainkan syurga.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.

 

Pada tahun ini, seramai 63 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan akan menunaikan ibadah Haji.

 

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah juga menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji dan cenderahati kepada jemputan pembaca doa dan penceramah undangan.

 

Majlis doa kesyukuran dan doa selamat bagi bakal jemaah haji diadakan dengan tujuan memohon keberkatan Allah Subhanahu Wata'ala agar kesemua bakal jemaah haji Kementerian Pendidikan akan mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam keadaan sihat serta memperolehi haji yang mabrur.

 

Dikelolakan oleh Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan dan Pusat Keusahawanan Inovasi, Kementerian Pendidikan, majlis ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat untuk beramal ibadat dan sikap pemedulian dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan khasnya.

 

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr Haji Azman bin Ahmad, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Bahagian, Pusat dan Unit serta Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Everest Climber Buried Next To Mother’s Grave

 2023-05-29 07:38:57

Why Everest Base Camp Won't Be Moving Anytime Soon

 2023-05-29 08:49:28

China's C919 Passenger Plane Enters Into Service

 2023-05-29 11:10:23