Home > Sports
MS ABDB Berpesta Gol
May 24th, 2023 | 07:38 AM |
240 views
BANDAR SERI BEGAWAN
MS ABDB beraksi cemerlang pada Liga Futsal Brunei 2023 (BFL 2023) setelah berjaya menumpaskan GG-ISC Futsal dengan jaringan 10-1 pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan, di sini.
Gol pertama MS ABDB dijaringkan oleh pemain jersi 8, Abd Malik bin Yunos seawal minit kelima diikuti dengan gol kedua yang dijaringkan oleh pemain jersi 11, Muhammad Wajdi bin Arbi pada minit ketujuh.
MS ABDB sekali lagi menggegarkan gawang pasukan lawan menerusi jaringan gol yang dilakukan oleh jersi 2, Muhammad Izzan bin Zamain pada minit ke-15 diikuti jaringan gol keempat oleh jersi 13, Muhammad Abdul Zulfadli bin Abdullah pada minit ke-17.
Nasib terus tidak menyebelahi GG-ISC Futsal apabila Muhammad Wajdi sekali lagi menghadiahkan satu gol bagi MS ABDB pada minit ke-21 di separuh masa kedua.
MS ABDB menambah lagi jaringan melalui pemain jersi 22, Mohammad Rohzaimi bin Zainal pada minit ke-25.
GG-ISC Futsal semakin hampa apabila pemainnya, jersi 15, Ahmad Muhtadi bin Madeli membuat kesilapan kerana menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-25.
Namun GG-ISC Futsal tetap tidak putus asa malah berjaya menjaringkan gol pada minit ke-28 menerusi pemain jersi 4, Awangku Muhammad Khairul Yazid bin Pengiran Adruman.
GG-ISC Futsal terus berusaha untuk beraksi namun asakan bertubi-tubi daripada MS ABDB membuatkan mereka terpaksa akur apabila satu jaringan gol dihasilkan lagi oleh pemain jersi 14, Abd. Maten bin Norazlan pada minit ke-29 sekali gus merubah kedudukan menjadi 8-1.
Penyokong MS ABDB semakin bersorak riang apabila jaringan gol terus bertambah menerusi pemain jersi 9, Awangku Muhammad Jumatatul Aleshahrezan pada minit ke-35 dan pemain jersi 19, Abu Yazid bin Awang Haji Abu Samah pada minit ke-39.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]