FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rombongan KHEU, NBD Mengadap Pemangku Raja Pahang


 


 February 4th, 2023  |  09:17 AM  |   217 views

PAHANG, MALAYSIA

 

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, selaku Naib Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam yang mengetuai rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (BTHMUI) Negara Brunei Darussalam (NBD) dalam siri Kunjungan Hormat dan Rundingan Kerjasama KHEU Bersama BTHMUI ke Negara Malaysia dan Republik Singapura berkesempatan mengadakan Majlis Mengadap ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatudin Al-Mustafa Billah Shah bertempat di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

 

Sejurus itu pada sebelah petang, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bersama rombongan dari KHEU dan BTHMUI, NBD mengadakan sesi Rundingan Kerjasama bersama dengan Ahli-ahli Majlis Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan mendengarkan sesi taklimat mengenai latar belakang dan pelbagai program utama MUIP serta anak syarikatnya.

 

Sesi Kunjungan Hormat dan Rundingan Kerjasama yang diadakan berkenaan adalah dalam usaha KHEU, NBD untuk memperkemaskan dan merealisasikan fokus strategik Jaminan Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial dalam Rancangan Strategik KHEU 2020 hingga 2024 serta mempertingkatkan integrasi rangkaian dan peluang kerjasama dalam bidang berkaitan zakat, waqaf, wasiat dan Baitul Mal terutama dalam mengenal pasti amalan-amalan terbaik dalam hal ehwal pentadbiran, pengurusan sumber tenaga manusia, struktur organisasi, kewangan, perundangan, mekanisme kutipan dan agihan Zakat Pendapatan dan Zakat Harta, Akreditasi Tauliah Mengajar Ugama dan Program Pengupayaan Asnaf.

 

Tinjauan lawatan dan rundingan kerjasama turut mensasarkan beberapa entiti / anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia dan Republik Singapura bagi mengadaptasi pelaksanaan urus tadbir struktur organisasi dan fungsi korporat pengurusan wakaf dan Baitul Mal serta meneroka prospek kerjasama dan mendapatkan maklumat eksklusif mengenai pelbagai projek wakaf dan Baitul Mal di luar negara, sekali gus dapat mencapai matlamat strategik BTHMUI dalam usahanya bagi meningkatkan kualiti dan produktivitinya dalam mengembangkan hartanya melalui horizon pelaburan yang patuh syarak agar sentiasa relevan dengan peredaran zaman, keperluan semasa dan kesesuaian di NBD.

 

Ahli-ahli rombongan terdiri daripada para pegawai dari KHEU, iaitu Pengarah Perundangan Islam, Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh; Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop, selaku Ketua Kerja; dan Ketua Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Mesyuarat di Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Ariffin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar.

 

Turut menyertai rombongan, Ketua Sukuk Financing Office, Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr. Haji Mohd Aidil Yusrie bin Haji Shari, selaku wakil Ahli Kumpulan Fokus bagi Projek Pemerkasaan Wakaf, KHEU.

 

Manakala BTHMUI diwakili oleh Pengarah BTHMUI, Awang Haji Noor Hadi bin Haji Noor Kaseh; Pengurus Kewangan Kanan, Seksyen Kewangan, BTHMUI, Dayang Siti Norhamizah binti Haji Abdul Hamid; Pengurus, Seksyen Pelaburan, Perdagangan dan Pemasaran, BTHMUI, Dayang Siti Norhafizah binti Haji Abu Bakar; dan Pengurus, Seksyen Pelaburan, Perdagangan dan Pemasaran, BTHMUI, Awang Mohammad Adika bin Mohammad Yusof.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19