Home > In The Court
Padah Miliki Barang Tegahan
February 3rd, 2023 | 11:18 AM | 745 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman denda BND130,600.00 atau 21 bulan penjara, jika gagal membayar denda ke atas seorang lelaki, warga tempatan, berusia 61 tahun.
Tertuduh, Omar @ Ya'akob bin Radang, didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006, kerana memiliki 67 karton dan 646 paket rokok berbagai jenis.
Defendan ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) di sebuah rumah di Perumahan Kampung Rimba, Gadong pada 18 Januari 2020, jam 1.30 petang dan hukuman ke atas beliau dijatuhkan oleh Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni.
Kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk diserahkan kepada kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Manakala, wang tunai sebanyak BND27.50 dan BND662.00 hasil daripada jualan rokok tersebut turut dihukum rampas dan diserahkan ke kerajaan untuk tindakan lanjut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]