Home > In The Court
Musang King: Sebutan Kes Diperdengarkan Pada 20 Mac
February 1st, 2023 | 09:38 AM | 631 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sindiket keluarga pengedar dadah yang dinamakan Musang King sedang menunggu tarikh perbicaraan untuk ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah.
Mahkamah menetapkan pada 20 Mac 2023 untuk sebutan semula.
Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar hari ini memberi keputusan dalam siasatan awal bagi dua daripada pertuduhan yang membawa hukuman mati terhadap kesemua defendan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Suriana binti Haji Radin, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Abdul Latiff dan Pendakwa Khalillah binti Hussin, Kamal Ariffin bin Ismail dan Syafina binti Abdul Hadzid.
Manakala kesemua defendan tidak diwakili peguam.
Selepas menjalankan siasatan membabitkan sebanyak 237 dokumen dan 51 barang rampasan, mahkamah mengambil maklum para defendan akan membuat pembelaan semasa di Mahkamah Tinggi.
Defendan, Ahmad bin Haji Tamit dan isterinya, Maskunah binti Wahab serta anak mereka, iaitu Isamuddin; Mohammad Saifuddin; dan Siti Izzatul Munirah serta suaminya, Jakaria bin Ahad didakwa atas dua kesalahan di bawah Bab 27, Seksyen 3A Akta Penyalahgunaan Dadah yang membawa kepada hukuman mati.
Defendan didakwa memiliki sebanyak 18.9943 kilogram methamphetamine bagi tujuan pengedaran.
Dadah berkenaan ditemui di sekitar sebuah rumah di Jalan Junjongan.
Tuduhan ke atas mereka termasuk memiliki sebanyak 532.44 gram methamphetamine dalam botol.
Defendan, Isamuddin juga menghadapi satu pertuduhan, iaitu memiliki sebanyak 54.1 gram methamphetamine di dalam beg plastik hitam di sekitar sebuah rumah di Jalan Junjongan.
Kesalahan berkenaan boleh membawa hukuman penjara di antara 20 dan 30 tahun dengan sebatan mandatori sebanyak 15 kali sebatan.
Manakala defendan, Siti Izzatul Munirah dan suaminya juga turut didakwa memiliki hasil jenayah mengikut Seksyen 3, Perintah Mendapatkan Aset Jenayah 2012 berjumlah BND80,000 hingga lebih BND100,000.
Mereka juga didakwa menyembunyikan pemilikan kenderaan dengan mendaftarkannya di bawah nama pihak ketiga.
Defendan, Siti Izzatul Munirah juga menghadapi pertuduhan memiliki lebih 50 barang kemas emas yang didakwa daripada hasil jenayah.
Dalam sebutan kes pada hari ini di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Besar, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong Wan Oon, bahawa Peguam Bela Haji Daud bin Ismail melepaskan dirinya untuk mewakili defenden, Isamuddin.
Semua defendan dibenarkan untuk mencari bantuan guaman untuk mewakili mereka dalam perbicaraan sebutan seterusnya pada 22 Feb 2023 pada pukul 9.30 pagi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]