FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dihukum Penjara, Denda Masuk Secara Haram


 


 January 29th, 2023  |  11:48 AM  |   632 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang wanita warganegara Indonesia yang ditahan ketika operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dijatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan memasuki dan berada di Negara Brunei Darussalam (NBD) secara haram.

 

Majistret Syaffina binti Sahif dalam penghakimannya memutuskan bahawa Gaira Mansurani Hamid (defendan), berusia 53 tahun yang berkahwin dengan warga NBD dijatuhkan hukuman penjara selama setahun dan denda sebanyak BND1,000.

 

Mengikut kertas pertuduhan, defendan ditangkap di rumah teres yang disewa beralamat di No. 16, Simpang 127-155, Kampung Kiulap pada 19 Januari 2023, kira-kira jam 4.30 petang.

 

Dalam operasi berkenaan, defendan diminta mengemukakan dokumen perjalanannya dan disyaki sebagai pendatang haram ke negara ini dan ditahan untuk siasatan lanjut.

 

Dalam siasatan JIPK mendapati pada 25 Februari 2015, defendan dikeluarkan secara rasmi dari NBD selepas defendan dibebaskan dari penjara atas kesalahan mengimport dadah terkawal di bawah Seksyen 5A Akta Penyalahgunaan Dadah, Bab 27.

 

Siasatan juga turut mendedahkan bahawa pada 5 Mac 2016, defendan berjaya memasuki NBD dengan menggunakan Pasport Antarabangsa Filipina baharu dengan bilangan nombor EC6333731 dengan menukar tarikh lahirnya daripada 15 Januari 1958 kepada 15 Januari 1970 dengan tujuan untuk melawat suami dan anaknya.

 

Defendan meninggalkan NBD selepas disingkirkan secara rasmi pada 25 Februari 2015, dan nama defendan pada ketika itu ialah Gaira Mohammad Hamid.

 

Walau bagaimanapun, apabila defendan memasuki NBD secara haram pada 5 Mac 2016, defendan menggunakan nama lain, iaitu Gaira Mansurani Hamid.

 

Semasa defendan tinggal di NBD secara haram, defendan membuat Pasport Filipina baharu dengan bilangan nombor P5348519B kerana pasport terdahulunya hampir tamat pada ketika itu.

 

Menurut keterangan kes, defendan  didapati masuk ke negara ini tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah bagi membolehkannya memasuki semula ke NBD.

 

Defendan juga didapati memasuki NBD tanpa kebenaran bertulis dari JIPK yang bercanggah dengan seksyen 36 Akta Imigresen, Bab 17.

 

Dalam rekod, defendan adalah pesalah pertama di bawah Akta Imigresen, Bab 17.

 

Pendakwaan diketuai oleh Pegawai Pendakwa Imigresen, Adi Yusra bin Haji Adanan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19