Home > In The Court
Wanita Tempatan Berdepan 4 Tuduhan Dera Anak Saudara
January 29th, 2023 | 11:47 AM | 620 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang wanita warga tempatan dihadapkan di Mahkamah Perantaraan hari ini atas empat pertuduhan, penderaan fizikal ke atas anak saudaranya.
Defendan, Nur Amal Shakinah mengaku bersalah di hadapan Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni dan pengakuannya juga direkodkan.
Defendan mengaku bersalah hari ini atas empat pertuduhan penderaan fizikal terhadap anak saudaranya bertentangan dengan di bawah Seksyen 28(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Penggal 219 dan bersetuju dengan Penyataan Fakta yang dikemukakan oleh Pendakwaan.
Dalam mitigasi, defendan memohon kelonggaran dalam hukuman kerana dia masih mempunyai dua anak kecil untuk dijaga.
Hakim Mahkamah Perantaraan menangguhkan kes kepada 14 Februari 2023 untuk hukuman. Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri Binti Kiprawi hadir bagi pihak Pendakwa Raya.
Sementara itu, suami defendan, yang kini menghadapi pertuduhan membunuh dan tujuh lagi pertuduhan lain berhubung penderaan kanak-kanak terhadap mangsa yang sama pula dibicarakan di mahkamah berasingan pada 30 Januari 2023.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]