FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jabatan Ukur - FABD Komited Dukung Kehijauan Alam Sekitar


 


 January 8th, 2023  |  09:36 AM  |   411 views

BERAKAS

 

Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD) dengan kerjasama dengan Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan menjalankan aktiviti penanaman sebanyak 240 anak pokok bagi menyokong Protokol Hijau Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (BNCCP).

 

Penyampaian anak pokok itu, bagi pihak Jabatan Ukur disempurnakan oleh Pemangku Juruukur Agung, Dayang Nor Zetty Akhtar binti Haji Abdul Hamid selaku tetamu kehormat majlis kepada Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan bagi pihak FABD.

 

Dalam ucapannya, Presiden FABD menyatakan sokongan beliau terhadap inisiatif bagi memastikan kehijauan di sekitar kawasan FABD House dipelihara dengan baik, selain untuk menangani perubahan iklim.

 

Sokongan itu juga menunjukkan komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap pemeliharaan kehijauan di Negara Brunei Darussalam.

 

Beliau turut mengalu-alukan delegasi dari Jabatan Ukur ke bangunan tambahan FABD House yang baru dibangunkan, yang dibiayai serta disokong oleh FIFA, dan akan dirasmikan oleh delegasi FIFA tidak lama lagi.

 

Anak pokok jenis Syzygium myrtifolium, yang juga dikenali dengan nama Eugenia Oleina itu boleh tumbuh hingga mencecah ketinggian enam meter.

 

Aktiviti penanaman pokok tersebut melibatkan Pegawai-pegawai Kanan dari Jabatan Ukur, Ahli-ahli Eksekutif FABD dan Sekretariat FABD, di sekitar kawasan FABD House.

 

Presiden FABD, dalam temu bual menjelaskan, persatuan berkenaan menghargai kerjasama berkenaan dan akan sentiasa berusaha untuk menyokong pembangunan dan kempen yang dijalankan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

Beliau turut mengalu-alukan mana-mana agensi untuk menyokong pembangunan FABD, bukan sahaja ke arah perkembangan bola sepak, tetapi juga perkembangan dalam bidang lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19