FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Akses Pendidikan Sama, Saksama


 


 December 2nd, 2022  |  09:57 AM  |   131 views

BANGKOK

 

Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara Kali Ke-45 (45th SEAMEO HOM), yang diadakan pada 28 hingga 30 November 2022, di Bangkok, Thailand.

 

Mesyuarat dirasmikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan Thailand, Tuan Yang Terutama Dr. Atthaphon Sangkhawasee selaku wakil Menteri Pendidikan Thailand Puan Yang Terutama Treenuch Thienthong.

 

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Yang Terutama memberikan penghargaan kepada Sekretariat SEAMEO atas pelaksanaan aktiviti-aktiviti, di bawah tujuh bidang keutamaan SEAMEO dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan, di bawah Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

TYT juga menyatakan, bahawa Kementerian Pendidikan Thailand, antara lain amat menitikberatkan kemahiran abad ke-21 serta nilai-nilai etika dan akan terus memastikan tiada siapa akan ketinggalan (no one left behind).

 

Sesi Plenari tahun ini dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha, Hal Ehwal Perundangan dan Kerjasama, Jabatan Pendidikan, Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Atty. Gerard L. Chan, manakala Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

 

Mesyuarat berkenaan dimulakan dengan sesi perbincangan tertutup dan diikuti dengan sesi plenari.

 

Antara perkara-perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah mengenai laporan-laporan kewangan Sekretariat SEAMEO dan Pusat-pusat Serantau SEAMEO, cadangan Rancangan Kemajuan Lima Tahun beberapa Pusat Serantau SEAMEO serta cadangan dan laporan projek atau program SEAMEO yang lain.

 

Mesyuarat tersebut juga meluluskan beberapa cadangan kertas kerja yang akan dihadapkan kepada Majlis Persidangan SEAMEO yang akan datang.

 

Semasa mesyuarat berkenaan, Negara-negara Anggota SEAMEO berpeluang untuk membentangkan perkembangan terkini mengenai 'SEAMEO 7 Priority Areas Implementation', di negara masing-masing.

 

SEAMEO 7 Priority Areas tersebut ialah Early Childhood Care and Education; Addressing Barriers to Inclusion; Resiliency in the Face of Emergencies; Promoting Technical and Vocational Education and Training; Teacher Education; Harmonisation in Higher Education and Research; dan Adopting a 21st Century Curriculum.

 

Semasa pembentangan tersebut, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan mengongsikan beberapa inisiatif yang dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam, dalam memastikan akses pendidikan yang sama dan saksama bagi pelajar untuk mencapai potensi sepenuhnya, seperti penubuhan Learning Support Team dan Learning Recovery Team serta pelancaran Brunei Darussalam Learning Support Guidebook.

 

Beliau juga mengongsikan mengenai inisiatif yang dijalankan untuk mengemas kini dan mempertingkatkan kurikulum subjek-subjek, seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Information and Communications Technology (ICT) serta Kewangan, demi memastikan kurikulum tersebut adalah relevan dengan keperluan abad ke-21.

 

SEAMEO HOM merupakan mesyuarat tahunan bagi Pegawai-pegawai Kanan dari Negara-negara Ahli SEAMEO untuk melaporkan, membincangkan serta merancang program, aktiviti dan operasi, di bawah organisasi berkenaan.

 

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan dari Negara-negara Ahli SEAMEO dan Pengarah-pengarah dari kesemua 26 Pusat Serantau SEAMEO dan Rangkaiannya.

 

Turut hadir semasa mesyuarat berkenaan, Pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19