Home > Bahasa Melayu
Peluang Melihat Secara Dekat Perkakas, Jentera JBP
December 2nd, 2022 | 09:09 AM | 176 views
BANGAR
Balai Bomba Bangar menerima Lawatan sambil Belajar rombongan, yang terdiri daripada 57 murid dan guru dari Sekolah Ugama Pengiran Muda Muhammad Bolkiah, Temburong.
Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Stesen Komander serta keanggotaan Balai Bomba Bangar, SO Ishraqi bin Haji Sidup.
Rombongan diberi taklimat ringkas mengenai tugas-tugas dan peranan anggota bomba serta melihat secara dekat perkakas menyelamat serta menaiki jentera bomba.
Lawatan tersebut diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh Stesen Komander Balai Bomba Bangar, seterusnya bergambar ramai.
Hadir semasa lawatan tersebut, Pemangku Pegawai Pemerintah Operasi 'G', SSFR Mohammad Zyakwan bin Awang Idris; dan Pegawai Staf Operasi 'G', SO Jamaludin bin Ahmad.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menyediakan program-program keselamatan, seperti kursus Fire Marshal, Live Saver 995 dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan Alat Pemadam Api.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi Talian Kecemasan JBP 995 dan berikan maklumat tepat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]