FacebookInstagramTwitterContact

 

'I Found My Fiancé Cheating On Me With His Married Co-Worker On Our Wedding Day'           >>           'I Spelt My Daughter's Name Wrong On Her Birth Certificate - I Ruined Her Future'           >>           1000-Lb. Sisters: Tammy’s Home Stripped Bare By Intruder, Including Her Fridge And Kitchen Sink           >>           Nick Carter Countersues Woman Who Accused Him Of Sexual Assault On Tour Bus           >>           Priscilla Presley Responds To The "Noise" Amid Legal Battle Over Daughter Lisa Marie's Trust           >>           Twitter: Number Of Staff Suing Goes Up Daily – Lawyer           >>           FTSE 100 Closes At Record High           >>           Jobs Growth Surges In US Despite Slowdown Fears           >>           Barcelona Move For LA Galaxy's Julian Araujo Not Permitted By FIFA           >>           Pierre-Emerick Aubameyang Removed From Chelsea's Champions League Squad           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:06 AM

Subuh

: 05:16 AM

Syuruk

: 06:36 AM

Doha

: 07:00 AM

Zohor

: 12:35 PM

Asar

: 03:56 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:43 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Curi Kad Debit : Seorang Anggota Tentera Dipenjara


 


 December 2nd, 2022  |  09:03 AM  |   1032 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang anggota tentera dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Bab 380, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 kerana mencuri Kad Debit ATM dan wang tunai daripada Kad ATM milik rakan sebiliknya di Barek Kem Sungai Akar.

 

Menurut pendakwaan defendan, SLD 54155 Abdul Wafi bin Md. Nordin , 19 tahun, adalah anggota tentera di bawah Rejimen Pengawal Diraja, Tentera Darat Diraja Brunei sejak Januari 2022.

 

Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara kepada defendan berkuat kuasa mulai 30 November 2022 dan memerintahkan defendan membayar perintah pampasan sebanyak BND200 kepada mangsa atau menjalani hukuman penjara tambahan selama seminggu jika gagal untuk membayar pampasan tersebut.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud memaklumkan mahkamah bahawa pada 21 September pukul 5.00 petang, mangsa yang merupakan rakan sebilik defendan di barek berkenaan telah pergi ke Mesin ATM di sebuah pusat membeli-belah apabila menyedari kadnya hilang daripada beg duitnya.

 

Dia kemudian menyemak akaunnya melalui aplikasi dalam talian dan mendapati terdapat pengeluaran berjumlah BND200 daripada akaunnya.

 

Dia kemudiannya membuat semakan dengan pihak bank dan segera membuat laporan ke Balai Polis Berakas di mana siasatan membawa kepada perbuatan defendan.

 

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mendengar bahawa defendan telah melakukan perbuatan itu pada pukul 9.00 malam 20 September semasa defendan berada di dalam bilik manakala mangsa dan rakan sekerja lain keluar.

 

Dia menyelongkar beg galas mangsa di dalam almari pakaian dan mengeluarkan beg duit lalu terjumpa Kad ATM kemudian mengambilnya.

 

Dia kemudian menyertai rakan yang lain dan bertanya tarikh lahir mangsa.

 

Keesokan harinya, defendan pergi ke Mesin ATM di sebuah pusat membeli-belah dan memasukkan tarikh lahir mangsa sebagai nombor PIN.

 

Mengetahui ia berjaya, dia kemudian mengeluarkan BND200 daripada akaun tersebut.

 

Pada sebelah malam, defendan mengambil kesempatan untuk memulangkan Kad ATM berkenaan ke dalam beg galas mangsa bagaimanapun, dia tidak mengembalikannya ke dalam beg duit.

 

Defendan mengakui bahawa dia telah membelanjakan wang itu untuk tayar keretanya dan perbelanjaan peribadi lain.

 

Dalam mitigasinya, defendan memohon pengampunan dan kelonggaran sepenuhnya dari mahkamah dalam mempertimbangkan hukumannya.

 

Mahkamah menekankan bahawa satu mesej yang kuat perlu dihantar kepada orang ramai dan pesalah lain yang berfikiran sama bahawa kesalahan ini adalah sangat serius. Kepentingan awam perlu dipertimbangkan dan hukuman penjara adalah wajar.

 

Mahkamah juga menekankan bahawa defendan sepatutnya mempunyai peranan yang boleh dicontohi dan sebagai anggota beruniform, dia mempunyai kewajipan untuk melindungi orang ramai.

 

Tindakan defendan telah merosakkan nama baik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Sabah To Learn From Yogyakarta

 2023-02-04 10:36:26

Japanese Enraged By Sushi Diner Food Prank Videos

 2023-02-04 11:38:21

Twitter: Number Of Staff Suing Goes Up Daily – Lawyer

 2023-02-04 12:19:22