FacebookInstagramTwitterContact

 

Gambling Activity Foiled           >>           Temporary Slip Road Closure           >>           Water Disruption           >>           National Speech Contest           >>           Religious Programme           >>           Workshop Closing Ceremony           >>           MoU Signing for Internationalisation of Higher Education           >>           Mortgage Costs Rise As Banks Confirm Higher Rates           >>           UK Borrowing Casts Doubt On Pre-Election Tax Cut Prospects           >>           UNRWA: Restart Aid To Palestinian UN Agency, EU Urges           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Kurniakan Surat Watikah, Terima Surat Tauliah Pelantikan


 


 October 21st, 2022  |  12:10 PM  |   273 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Sosialis Viet Nam, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Perancis, Puan Yang Terutama Datin Paduka Hajah Rakiah binti Haji Abdul Lamit @ Hamid; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Pengiran Muhammad Husaini bin Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Australia, Tuan Yang Terutama Garry Ramlee bin Ibrahim; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Pengiran Salimin bin Pengiran Mohd. Daud.

 

 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai; Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Major General (Retd.) Farhat Abbas Sani, Hilal-e-Imtiaz; dan Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie.

 

Selepas Majlis-majlis tersebut, Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu.

 

Majlis-majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Mortgage Costs Rise As Banks Confirm Higher Rates

 2024-04-24 08:19:11