FacebookInstagramTwitterContact

 

Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk Kesedaran Kanser Kanak-Kanak


 


 September 27th, 2022  |  10:18 AM  |   301 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Di Negara Brunei Darussalam (NBD), seramai 335 kanak-kanak berumur di antara 0 hingga 19 tahun telah didiagnos dengan kanser di antara tahun 2002 hingga 2021.

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar berucap demikian pada Majlis Childhood Cancer dan Thalassemia Awareness Day yang berlangsung di Times Square, hari ini.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya menjelaskan bahawa berdasarkan data yang diperoleh daripada Pendaftaran Kanser Hospital Based Cancer Registry, terdapat sedikit peningkatan jumlah kanak-kanak yang didiagnos dengan kanser dalam kalangan mereka yang berumur di antara 0 sehingga 12 tahun iaitu daripada 61 kanak-kanak pada tempoh 2000-2009 kepada 117 kanak-kanak pada tempoh 2010-2022.

 

"Walau bagaimanapun, kadar kematian disebabkan kanser pada tempoh yang sama, telah menurun daripada 31.25 peratus kepada 27 peratus. Antara jenis kanser yang biasa didapati dalam kalangan kanak-kanak adalah kanser leukaemia dan barah otak," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Penyakit Thalassemia pula adalah penyakit genetik sel darah merah yang menyebabkan tubuh kekurangan sel darah hemoglobin yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Sebagai penyakit genetik, Thalassemia diturunkan kepada anak daripada kedua ibu bapa yang membawa gen Thalassemia.

 

Pada ketika ini, terdapat 64 pesakit Thalassemia yang memerlukan pemindahan darah ataupun Transfusion Dependant Thalassemia (TDT) di NBD.

 

"Alhamdulillah, rawatan bagi kanak-kanak yang menghidap kanser dan Thalassemia telah berkembang maju secara signifikan dan telah membawa kepada peningkatan kadar kelangsungan hidup (survival rate)," Jelas Yang Berhormat.

 

Menurut Garis Panduan Senaman Onkologi Pediatrik Antarbangsa (International Eexercise Guideline for Oncology), Yang Berhormat berkata, pesakit kanser disyorkan untuk menjalani latihan senaman aerobik dan latihan kekuatan sebanyak tiga kali seminggu dalam tempoh 20 hingga 60 minit.

 

Manakala pesakit Thalassemia dinasihatkan untuk berjalan selama sekurang-kurangnya 30 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu dan sebaik-baiknya pada setiap hari.

 

Terdahulu, majlis ini diadakan adalah bersempena dengan bulan kesedaran tentang kanser dalam kalangan kanak-kanak yang diiktiraf di seluruh dunia pada bulan September.

 

Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) telah mengatur beberapa aktiviti khusus bagi tujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bagi kanak-kanak menghidap kanser dan kanak-kanak yang menghidap Thalassemia untuk kekal aktif melakukan kegiatan aktiviti fizikal yang bersesuaian dan selamat serta membudayakan cara hidup sihat.

 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Thalassemia di mana penyakit ini adalah penyakit yang diwarisi dan boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

 

Antara aktiviti yang diadakan pada majlis tersebut ialah seperti pameran, Kempen Derma Darah dan pelbagai aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak untuk bergerak lebih banyak.

 

Pada tahun ini, Bank Baiduri berpeluang menyertai majlis tersebut sebagai sukarelawan bagi membantu aktiviti-aktiviti tersebut.

 

Sehubungan itu, adalah diharapkan dengan hari kesedaran ini dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai bahawa kanser juga memberi kesan kepada kanak-kanak dan pengiktirafan awal membantu meningkatkan kelangsungan hidup.

 

Kementerian Kesihatan berpegang teguh dalam komitmen untuk memberi rawatan yang terbaik kepada semua penghidap kanser kanak-kanak.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17