FacebookInstagramTwitterContact

 

Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>           Study: Betalains In Beets Can Help Reduce Fatigue And Boost Athletic Performance           >>           6 Tasty And Simple Ways To Add More Plant-Based Protein To Your Diet           >>           Fisherman Discovers Mysterious Deep Ocean 'Alien From The Depths' With Strange Tentacles           >>           I Never Force My Son To Say Please And Thank You – He Shouldn’t Have To Beg           >>           Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging           >>           China Economy Grows Faster Than Expected In First Quarter           >>           Unemployment Jumps As UK Jobs Market Stalls           >>           Scotland's Unemployment Rate Down Over Winter           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pengundian Calon Ketua Kampung Pengkalan Batu


Article venue

 


 September 26th, 2022  |  13:17 PM  |   413 views

PENGKALAN BATU

 

Seorang ketua kampung mempunyai tanggungjawab yang besar dan memegang amanah bukan saja amanah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahkan jua amanah penduduk-penduduk kampung yang telah mengundi dan menyokong calon yang akan mengisikan jawatan ketua kampung yang berdasarkan kepada pilihan majoriti penduduk kampung yang berdaftar sebagai pengundi.

 

Seorang ketua kampung juga mestilah mempunyai perwatakan dan kewibawaan yang tinggi. Selaku pemimpin masyarakat kampung, ketua kampung hendaklah mempunyai beberapa ciri-ciri khusus antara lainnya, amanah, adil, berakhlak, bersikap sabar dan pemaaf, berilmu, bersikap As-Siddiq (benar), mempunyai kemampuan dan kekuatan (kesihatan) dan banyak lagi.

 

Selain itu, untuk memimpin dan mencapai hasrat serta wawasan ke arah membangunkan dan memajukan kampung.

 

Pegawai Daerah Brunei Dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim menyatakan demikian pada Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Pengkalan Batu, Mukim Pengkalan Batu, hari ini, yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Pengkalan Batu, Kampung Parit, di sini.

 

Awang Misle berkata, seorang ketua kampung mestilah bekerjasama rapat dengan penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dalam mukimnya dan mukim persekitarannya dalam membangun dan memeduli kesejahteraan, keamanan, keselamatan, keharmonian dan perpaduan masyarakat dengan sikap pemedulian dan prihatin yang sewajarnya kepada hal ehwal suka duka penduduk kampung.

 

"Bertanggungjawab dengan mengujudkan budaya hidup berjiran dalam satu masyarakat pemedulian dan bersefahaman dengan cara mengawasi dan memelihara perpaduan serta keharmonian masyarakat di samping mencegah unsur-unsur perpecahan.

 

"Berusaha dan berikhtiar untuk memperbaiki dan memeduli hal ehwal kampung dan masyarakat di dalamnya serta sentiasa peka akan keadaan semasa dan yang mungkin berlaku di dalam kampung serta sekelilingnya.

 

"Mengadakan perundingan atau permuzakarahan dan permuafakatan dengan Majlis Perundingan Kampung serta bersama anak buah kampung mengenai apa jua perkara berkebajikan, pembangunan, kesentosaan, kesejahteraan mukim," ujarnya menegaskan.

 

Calon tunggal yang dibawa ke Majlis Pengundian dan Pemilihan tersebut, Awang Ali Hamzah bin Asmalee, berusia 36 tahun (berumur 33 tahun semasa tarikh tutup iklan pada 21 Februari 2019) telah bermastautin di Kampung Batu Ampar, Pengkalan Batu selama 26 tahun.

 

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera Dalam Pendidikan Pengajian Brunei dari Universiti Brunei Darussalam tahun 2011 dan pada ketika ini masih berkhidmat di syarikat insurans.

 

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Pengkalan Batu dilaksanakan mengguna pakai dua kaedah pengundian, iaitu kaedah secara dalam talian (online) menggunakan Aplikasi e-Undi PMKK melalui peranti atau telefon pintar pengundi masing-masing dan kaedah secara pembuangan undi melalui kertas undi rasmi (ballot papers) yang disediakan oleh Urus Setia Majlis Pengundian.

 

Seramai 330 penduduk kampung daripada seramai 368 orang yang berdaftar dan layak mengundi telah hadir mengundi calon untuk mengisikan kekosongan jawatan Ketua Kampung Pengkalan Batu, Mukim Pengkalan Batu di mana sembilan orang telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK, manakala 321 orang mengundi dengan kertas undi (ballot paper).

 

Daripada jumlah yang hadir mengundi tersebut, seramai 127 orang bersetuju dan 203 tidak bersetuju.

 

Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung yang dijalankan pada hari ini akan dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk proses selanjutnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50