Home > Bahasa Melayu
Tingkat Kesedaran Keselamatan Ketika Menunggang Motosikal
September 26th, 2022 | 12:00 PM | 183 views
RIMBA
Para pengguna jalan raya mestilah memupuk rasa kesedaran supaya sentiasa beringat dan berhati-hati ketika berada di jalan raya serta mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu, Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA) hari ini menganjurkan Marshal Program bertempat di Sekolah Memandu Redza.
Acara yang berlangsung selama sehari itu antara lain memuatkan taklimat mengenai Asas Keselamatan Bermotosikal 5P: Teknik Bermotosikal Secara Solo dan Berkumpulan dan Marshal pada sebelah pagi.
Pada sebelah petang, acara diteruskan lagi dengan taklimat asas pertolongan kecemasan untuk penunggang motosikal; asas menunggang motosikal secara defensif; praktikal; dan sesi penilaian program.
Program yang disertai seramai 18 peserta berkenaan terdiri daripada ahli-ahli PEMODA yang berdaftar dan turut disokong oleh Sekolah Memandu Redza.
Program berkenaan adalah sebahagian daripada Program Kesedaran PEMODA sempena Festival Hari Belia Kebangsaan 2022.
PEMODA juga bakal meraikan Hari Kesedaran Keselamatan Bermotosikal pada 29 November ini.
Ia bertujuan untuk terus memberi kesedaran kepada para penunggang motosikal khususnya dan para pengguna jalan raya yang lain pada amnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]