Home > Bahasa Melayu
Tidak Ada Kes Dalam Kategori 5
August 14th, 2022 | 13:22 PM | 376 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Tidak ada kes berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).
Sementara itu, dua kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, sebanyak 609 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh menjadi 213,597.
Manakala bagi Program Vaksinasi setakat 13 Ogos 2022, sejumlah 81.7 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sejumlah 54.9 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.
Sejumlah 76.0 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 8.3 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.
Menurut Infografik Kementerian Kesihatan lagi, satu kes meninggal dunia.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]