FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


55,525 Keputusan ART Dilaporkan Dalam Seminggu


 


 June 28th, 2022  |  12:41 PM  |   619 views

BERAKAS

 

Dalam masa satu minggu kebelakangan, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam (NBD) menunjukkan peningkatan dengan jumlah kes yang dikesan adalah pada kadar purata kira-kira 920 kes setiap hari.

 

Sebanyak 55,525 keputusan Ujian Pantas Antigen (ART)  dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu dengan 11.6 peratus daripadanya adalah keputusan ART yang positif.

 

Hasil terkini Ujian Gene Sequencing bagi kes-kes COVID-19 telah mengesahkan terdapatnya Omicron Subvarian BA.5 di negara ini, sebagai tambahan kepada Omicron Subvarian BA.4 yang telah diumumkan pada Sidang Media minggu lepas.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media Normal Baharu COVID-19 di NBD yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.

 

Oleh yang demikian terang Yang Berhormat lagi, peningkatan kes-kes yang dilihat dalam beberapa minggu kebelakangan adalah besar kemungkinan disebabkan oleh Omicron Subvarian BA.4 dan BA.5.

 

Keadaan ini jelasnya adalah serupa dengan keadaan yang dilihat di beberapa buah negara lain dan adalah juga dijangkakan peningkatan ini tidak akan membebankan sistem penjagaan kesihatan di negara ini.

 

"Walaupun jumlah kes didapati meningkat, jumlah kes dalam Kategori 4 dan 5 terus berada di tahap yang rendah. Pada hari ini, sebanyak dua kes berada dalam Kategori 5, iaitu memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU), manakala empat kes berada dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

 

Serupa seperti keadaan pada minggu lepas, lebih 99 peratus daripada kes-kes yang dikesan dalam tempoh masa satu minggu kebelakangan telah dikategorikan dalam Kategori 1 atau 2 dan tidak memerlukan rawatan di hospital," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19