Home > Bahasa Melayu
717 Kes COVID-19 Disahkan Sembuh
June 26th, 2022 | 15:33 PM | 558 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 717 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 156,302 dalam Status Harian Norma Baharu COVID-19.
Dalam infografik tersebut menunjukkan bahawa satu kes berada dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) dan dua kes lagi dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Bagi Program Vaksinasi setakat 25 Jun 2022, sebanyak 72.6 peratus rakyat dan penduduk negara mendapat tiga dos vaksin dan 9.5 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.
Manakala sebanyak 73.1 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 49.1 peratus bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang telah menerima tiga dos vaksin COVID-19.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]