FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dipenjara : Rakam Video Dalam Tandas Wanita


 


 June 26th, 2022  |  15:19 PM  |   1191 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang Jurulatih Kecergasan berusia 25 tahun dijatuhi  hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah merakam video seorang perempuan sedang mandi di dalam tandas wanita di salah sebuah Pusat Kecergasan Kiulap.

 

Tertuduh, Jayson Atendido Gasque seorang lelaki warga Filipina berumur 25 tahun bertugas selama satu tahun sebagai Jurulatih Kecergasan telah mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur Eleana binti Dato Paduka Haji Hairol Arni.

 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377H (3) Bab 22 Kanun Jenayah kerana telah mengaibkan kehormatan remaja perempuan berusia 18 tahun.

 

Menurut fakta kes, pada 22 Jun 2022, seorang mangsa iaitu Miss X telah masuk ke dalam bilik air untuk mandi setelah selesai bersenam.

 

Apabila Miss X memasuki bilik air tersebut, dia melihat tertuduh sedang mengeluarkan sampah dari tong sampah di dalam bilik air tersebut.

 

Tertuduh memohon maaf lalu keluar dari bilik air. Miss X kemudiannya memasuki salah satu bilik kecil di bilik air tersebut dan membuka pakaian untuk mandi.

 

Semasa Miss X sedang mandi, tiba-tiba dia ternampak sebuah telefon bimbit digunakan untuk merakam videonya semasa dia sedang mandi.

 

Miss X menjerit "Hei!". Lalu, Miss X segera memakai pakaiannya dan keluar dari bilik air tidak lama kemudiannya.

 

Apabila keluar dari bilik air, Miss X pergi ke kaunter dan memaklumkan kejadian tersebut kepada kakitangan di sana.

 

Atas permintaannya, Miss X ditunjukkan rakaman CCTV di pintu menuju ke bilik air lelaki dan perempuan.

 

Rakaman CCTV tersebut menunjukkan bahawa tertuduh berjalan melalui pintu tersebut dan membelok ke kiri, ke arah bilik mandi wanita.

 

Tertuduh juga dilihat keluar dari pintu tersebut beberapa minit kemudian. Di antara masa Miss X memasuki bilik air wanita tersebut dan masa tertuduh masuk dan melalui pintu tersebut, tidak ada orang lain kelihatan memasuki bilik mandi wanita pada rakaman CCTV tersebut.

 

Tertuduh telah ditangkap pada 23 Jun 2022, jam 10.00 malam. Dalam kenyataannya kepada pihak polis, tertuduh mengaku memasuki bilik air wanita tersebut semula selepas Miss X memasuki salah satu bilik kecil di bilik air wanita tersebut.

 

Tertuduh, mengaku bahawa dia kemudian pergi ke bilik tersebut, melakukan rakaman video pada telefon bimbitnya berjenama Samsung dan memegang telefon bimbit tersebut di atas pintu bilik untuk merakam Miss X sedang mandi.

 

Tertuduh mengakui bahawa semasa dia merakam, Miss X tiba-tiba menjerit "Hei, ada orang di sana!" yang membuatkan tertuduh panik dan segera memadamkan video rakaman tersebut dan kemudiannya meninggalkan bilik air wanita tersebut.

 

Dalam rekod, tertuduh tidak mempunyai sabitan terdahulu.

 

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19