FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


389 Terima Sijil Taraf Kerakyatan


YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (kiri) ketika menyampaikan Sijil Taraf Kerakyatan kepada salah seorang penerima.

 


 October 6th, 2020  |  10:58 AM  |   654 views

BERAKAS

 

Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Kali Ke-33 diadakan selama dua hari bermula hari ini, bertempat di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan penyampaian sijil ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dan diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Dayang Liza Suriani binti Haji Ibrahim, yang juga selaku Pengerusi Majlis.

 

Dayang Liza Suriani dalam ucapannya menjelaskan bahawa seramai 389 orang yang mendapat limpah kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi rakyat baginda, iaitu di bawah Bab 6 (1) yang terdiri daripada anak-anak kepada ibu warganegara Brunei; anak-anak kepada ayah warganegara Brunei; anak-anak angkat kepada ibu bapa angkat warganegara Brunei; dan juga di bawah Bab 5(6) mengikut suami warganegara Brunei dari Akta Taraf Kebangsaan, Brunei, Penggal 15.

 

Beliau seterusnya berkata, mereka yang menerima Sijil Taraf Kerakyatan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu seramai 194 penerima pada hari ini, manakala seramai 195 penerima lagi pada esok hari.

 

Majlis antara lain diadakan bagi mengalu-alukan dan seterusnya sebagai tanda penghargaan atas pengiktirafan kepada para penerima Sijil Taraf Kerakyatan yang diperkenankan oleh Kebawah DYMM selaku rakyat baginda.

 

Juga hadir, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; penghulu-penghulu; serta para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16