FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rakyat dukung kepimpinan memacu pembangunan negara


Kebawah DYMM dan DYTM DPMM semasa berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-70. | INFOFOTO

 


 July 25th, 2016  |  11:07 AM  |   2597 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 24 Julai. - Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli beramah mesra bersama rakyat serta penduduk di Daerah Brunei dan Muara (DBM) merupakan saat-saat yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh lapisan rakyat dan penduduk di daerah ini.

 

Pemangku Pegawai DBM, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dalam sembah alu-aluan pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun berkata, keberangkatan Kebawah DYMM itu mencerminkan kepimpinan dan pemedulian serta tanda kasih sayang baginda terhadap rakyat jelata.

 

Bagi mewakili segenap lapisan rakyat serta penduduk dan seluruh warga perkhidmatan awam di daerah ini, Awang Misle menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah DYMM dengan sentiasa mendukung kepimpinan baginda memacu pembangunan dan kemajuan negara.

 

''Selaku rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, khususnya DBM, hamba-hamba Kebawah Duli Tuan Patik sentiasa berdoa semoga Kebawah Duli Tuan Patik serta kerabat diraja sekalian dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam perlindungan dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala, sihat walafiat, aman sejahtera serta kekal karar memerintah turun temurun di atas takhta singgahsana kerajaan dan Negara Brunei Darussalam terus berada dalam keadaan aman, damai serta dengan rahmat, taufik dan inayah Allah Subhanahu Wata'ala,'' sembah Pemangku Pegawai DBM pada majlis yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

 

Bagi mewakili daerah ini, Awang Misle dengan penuh hormat serta takzim juga menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah DYMM bersama ahli-ahli kerabat diraja bercemar duli beramah mesra bersama rakyat dan penduduk daerah ini.

 

Menyentuh mengenai atur cara majlis pada pagi itu, beliau menjelaskan ia akan diserikan dan disemarakkan dengan pertandingan akhir tarik kalat Peringkat Kebangsaan dan diikuti dengan persembahan khas yang membawa tema, 'Daulat Raja Merentas Zaman'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39