FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


'Daulat Raja Merentas Zaman' menggarap nilai-nilai keugamaan dan tradisi


Salah satu persembahan khas bertemakan 'Daulat Raja Merentas Zaman' yang melibatkan 200 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, penuntut-penuntut sekolah, ahli-ahli badan bukan kerajaan, sukarelawan serta masyarakat di DBM. | INFOFOTO

 


 July 25th, 2016  |  11:02 AM  |   1996 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

24 Julai. - Persembahan Khas 'Daulat Raja Merentas Zaman' menggarap nilai-nilai keagamaan juga tradisi oleh anak-anak watan dari pelbagai lapisan generasi masyarakat di Daerah Brunei dan Muara mewarnai Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara (DBM) sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun.

 

Seramai lebih 200 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, penuntut-penuntut sekolah, ahli-ahli badan bukan kerajaan, sukarelawan serta masyarakat di DBM terlibat dalam persembahan khas yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

 

Persembahan yang berkonsepkan dan berlandaskan keagamaan dalam mencapai kemajuan negara yang berdaulat dan penduduk DBM mempunyai kepakaran tersendiri dalam mendukung serta menjana ekonomi negara melalui 'Satu Kampung Satu Produk'.

 

Terdapat lima segmen khas yang dipersembahkan, iaitu segmen pertama 'Tarian Radat' yang menggambarkan nilai-nilai keislaman yang digarap melalui lagu, 'Salla Rabbuna', dipersembahkan oleh seramai 70 orang penuntut dari Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar.

 

Sementara segmen kedua adalah 'Tarian Duduk Bersimpuh' menggambarkan kehalusan budi pekerti yang tinggi serta adat sopan santun orang-orang Brunei dalam menyambut kehadiran dan kedatangan tetamu, yang mana seramai 30 orang penuntut dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri mempersembahkan tarian berkenaan.

 

Di segmen ketiga ialah 'Tarian Jipin Lela Sembah', menceritakan dan menggambarkan rasa hormat dalam menyambut kedatangan tetamu yang datang, di mana pergerakan yang digambarkan melalui gerak berdatang sembah mencerminkan adat tradisi sopan santun yang dimiliki oleh Rakyat Brunei sejak turun temurun. Tarian ini dipersembahkan oleh seramai 70 orang penuntut dari Sekolah Menengah Katok.

 

Segmen keempat pula mempersembahkan 'Permainan Gulingtangan dan Pukulan Gendang' yang menggambarkan adanya perpaduan dari pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai identiti dan budaya yang kukuh, siap sedia dalam menjunjung kedaulatan negara. Persembahan ini dipersembahkan oleh kumpulan Gulingtangan dari Jabatan Penjara dan Universiti Brunei Darussalam.

 

Manakala segmen kelima dan terakhir ialah 'Tarian Jipin Tar', mencerminkan rakyat jelata bersatu padu dan bersiap siaga dalam menjunjung titah dalam merentas zaman bagi mencapai impian negara yang diterapkan melalui kepimpinan serta kewibawaan raja yang berdaulat.

 

Pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk tersebut juga turut menampilkan sebanyak 91 buah petak khas yang dipenuhi oleh segenap lapisan rakyat serta penduduk di negara ini bagi berjunjung ziarah bersama Kebawah DYMM berserta kerabat diraja yang lain, selain turut memberikan pesambah-pesambah khas ke hadapan majlis baginda, juga turut mempamerkan produk-produk, pameran-pameran, kegiatan-kegiatan serta hasil peraduan-peraduan yang diungkayahkan.

 

Antara yang turut mengambil bahagian di petak-petak junjung ziarah tersebut adalah terdiri dari Persatuan-persatuan dari Mukim dan Kampung di DBM, Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung di DBM, Kegiatan Penerangan dan Promosi dari Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.

 

Juga menyertai ialah Dewan-dewan Perniagaan (Melayu, India, Pakistan dan Tiong Hwa), Syarikat-syarikat Swasta (DST Com. Sdn. Bhd., TelBru, Progresif Cellular Sdn. Bhd. dan RB), persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan (Majlis Wanita Brunei, Majlis Belia Brunei, Persatuan Bank-Bank Brunei, PGGMB, Pengawasan Kejiranan, Radio Amatur NBD, Polsara, Basmida dan Majlis Perniagaan Wanita), Ikawangi Brunei (Ikatan Keluarga Besar Banyuwangi), CfBT Education Services Sdn. Bhd. dan lain-lain lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir, Rohani Abd Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17