FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


1,044 Pelajar Baharu UBD mulakan Freshers Week


NAIB Canselor Universiti Brunei Darussalam Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz (tiga dari kiri) ketika hadir pada Majlis UBD Freshers Week. | FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor)

 


 July 24th, 2016  |  09:57 AM  |   2289 views

TUNGKU LINK

 

Sabtu, 23 Julai. - Seramai 1,044 pelajar telah berjaya terpilih untuk mengikuti pengajian di Universiti Brunei Darussalam (UBD) bagi pengambilan Sesi Ogos 2016.

 

Dari jumlah tersebut, seramai 19 pelajar akan melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D), 178 pelajar mengikuti Ijazah Sarjana dan 616 pelajar akan mengikuti Program Undergraduate dan 231 pelajar dipilih untuk mengikuti Program UniBridge.

 

Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz berkata, kemasukan pelajar baharu ke alam universiti merupakan proses transisi dari segi daya fikir dan minda.

 

Menurut beliau, mahasiswa dan mahasiswi baharu ini bukan sahaja diharapkan untuk merebut peluang akademia, akan tetapi juga untuk aktif merebut pelbagai peluang di luar akademia seperti kegiatan ECA dan aktiviti kokurikulum di UBD.

 

Beliau berkata, penglibatan para pelajar di luar akademia diharap akan dapat membentuk mereka menjadi seorang insan yang berkemahiran secara menyeluruh dan 'future-ready'.

 

Tambahnya, para pelajar baharu tersebut juga akan bertemu ramai golongan berkaliber tinggi, seperti intelektual dan mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing di universiti berkenaan.

 

''Para pelajar mestilah berinteraksi dengan mereka supaya dapat meneroka idea-idea baharu dalam persekitaran pembelajaran yang dinamik,'' jelasnya pada Majlis Pembukaan Rasmi Minggu Pelajar Baharu (Freshers Week) bagi mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu bagi semester pertama Tahun Akademik 2016 / 2017 di Dewan Canselor, UBD.

 

Majlis tersebut didahului dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan ucapan alu-aluan oleh Dekan Pelajar UBD, Awang Saidai bin Haji Hitam.

 

Lafaz Ikrar oleh pelajar-pelajar baharu pula diketuai oleh Awang Muhd. Rushdi bin Haji Morsidi.

 

Freshers Week merupakan satu platform untuk para pelajar baharu untuk bertemu dengan ahli-ahli fakulti, ketua-ketua program dan para penyelaras bagi mendedahkan diri mereka pada pelbagai peluang dan program yang ditawarkan di UBD.

 

Minggu yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar ini turut mencakupi sesi taklimat tentang pendaftaran kursus, peperiksaan, kelab-kelab kokurikulum di UBD, peluang Discovery Year dan penginapan kampus.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16