FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kongsi Syawal erat perpaduan


Tetamu kehormat, Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof semasa menyampaikan hadiah cabutan bertuah sempena Hari Raya bagi memeriahkan suasana. | Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 July 23rd, 2016  |  11:25 AM  |   1648 views

PENGKALAN BATU

 

Jumaat, 22 Julai. - Islam tidak mengenepikan atau memencilkan masyarakat yang bukan Islam dalam sama-sama merasa kemeriahan Hari Raya Aidilfitri walaupun berbeza dari segi ugama.

 

Itulah keindahan ugama Islam yang merupakan suatu rahmat kepada manusia dan apa yang diungkayahkan seperti sambutan lebaran ini, umat Islam dan yang sebaliknya, mereka saling bantu-membantu dalam perkara yang berkebajikan.

 

Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof semasa ditemui seterusnya berkata perkembangan syiar Islam di Kampung Bebuloh itu dapat dilihat begitu berkembang dengan penerimaan sebahagian penduduk di kampung itu memeluk agama Islam yang dianggarkan lebih 200 mualaf berbanding pada tahun 90an.

 

Peranan utama Pusat Dakwah Islamiah (PDI) jelasnya, dalam menyebarkan dan memberikan kefahaman yang betul kepada penduduk Islam di negara ini dengan berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

Di samping itu tambahnya, PDI juga berperanan dalam menyeru dan mengajak mereka yang belum memeluk Islam bagi sama-sama berkongsi akan keindahan ugama sebenar itu kerana kenikmatannya yang amat besar untuk dirasa bersama.

 

''Alhamdulillah, bagi mereka yang menyahut dan mendapat hidayah daripada Allah Subhanahu Wata'ala untuk terus meningkatkan kefahaman mereka dan menjadi seorang Islam yang baik,'' seru Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz semasa Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Penduduk Kampung Bebuloh berlangsung di Rumah Kegiatan Ugama di sini.

 

 

Terdahulu, Ketua Kampung Bebuloh, Awang Haji Muhd Sa'id bin Tundak dalam alu-aluannya antara lain berkata meskipun lebaran Aidilfitri disambut secara sederhana di kampung itu akan tetapi kemeriahannya dapat dirasa dan jarak kejauhan kampung tersebut dari bandar bukanlah menghalang untuk saudara-mara dan sahabat handai untuk berkunjung sempena hari raya ini.

 

Katanya, walaupun sebahagian ahli keluarga masih ada yang belum memeluk Islam namun kerjasama dan keharmonian perpaduan sentiasa dipupuk melalui perkongsian perayaan di kampung itu dengan batas yang tertentu tanpa mencalarkan sebagai individu muslim.

 

Secara keseluruhannya, tambahnya, penduduk kampung itu sama ada mereka berugama Islam atau sebaliknya sentiasa bekerjasama yang padu dalam mengeratkan lagi silaturahim sesama mereka.

 

Acara sambutan tahunan PDI itu juga diselajurkan juga dengan ramah mesra bersama para penduduk dan dimeriahkan dengan cabutan bertuah hari raya.

 

Juga hadir, pegawai-pegawai kanan serta para pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan PDI.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19