FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Eksesais Hikmat Bersatu V / 2016 Nilai Keupayaan ABDB


PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah memeriksa perbarisan yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof.

 


 April 2nd, 2016  |  10:45 AM  |   5313 views

PENANJONG GARISON

 

Jumaat, 1 April. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) melancarkan Eksesais Hikmat Bersatu yang Kelima bagi Tahun 2016 (V/2016) yang diadakan selama satu minggu bermula hari ini.

 

Eksesais berkenaan melibatkan semua unit ABDB termasuk Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Rejimen Pasukan Khas dan jabatanarah-jabatanarah di Kementerian Pertahanan.

 

Batalion Pertama Royal Gurkha Regiment (1RGR), Pasukan Simpanan Gurkha, Pasukan Polis Diraja Brunei, jabatan-jabatan daerah, beberapa mukim dan kampung turut membantu pada eksesais berkenaan.

 

01042016 SYIAR HIKMAT BERSATU 2

PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih hadir melancarkan Eksesais Hikmat Bersatu V/2016.

 

Eksesais ini akan melibatkan beberapa kawasan di perairan Negara Brunei Darussalam, kawasan pedalaman, perumahan dan komersial termasuk jalan-jalan raya di semua daerah.

 

Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah melancarkan Eksesais Hikmat Bersatu V/2016 di Padang Kawad, Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.

 

Terdahulu, Pemerintah ABDB memeriksa perbarisan yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, diikuti dengan penyampaian toha kepada Ketua-ketua 'Working Groups' bagi Eksesais Hikmat Besatu V/2016.

 

01042016 SYIAR HIKMAT BERSATU 8

PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih menyampaikan toha kepada Ketua-ketua Working Groups bagi Eksesais Hikmat Besatu V/2016.

 

Pelancaran eksesais diakhiri dengan bacaan doa oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB, Kapten Ariffin bin Amit.

 

Turut hadir pada pelancaran Eksesais Hikmat Bersatu V/2016 adalah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.

 

Eksesais ini bertujuan untuk melatih anggota-anggota ABDB secara komprehensif dalam menghadapi senario kontemporari yang realistik susulan pada Eksesais Perisai Kebangsaan (EPK) 4/2015 yang diungkayahkan pada Oktober tahun lepas.

 

01042016 SYIAR HIKMAT BERSATU 5

PERBARISAN di padang kawad oleh anggota ABDB.

 

Matlamat eksesais ini ialah untuk melatih dan menilai keupayaan ABDB dalam merancang gerakan bersama di peringkat operasional; untuk menilai 'Joint Operational Doctrine' dan 'Standard Operating Procedures' yang dikemas kini dan untuk mengenal pasti keperluan keupayaan pada masa akan datang.

 

Konsep Eksesais Hikmat Bersatu V/2016 adalah tertumpu pada ancaman keselamatan bukan tradisional (Non-Traditional Security Threats).

 

Eksesais Hikmat Bersatu mula dilaksanakan pada tahun 2003 yang berkonsepkan peperangan konvensional, disusuli dengan Eksesais Hikmat Bersatu II yang diadakan pada tahun 2007 dan merupakan latihan yang berkonsepkan kepada latihan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam (Human Assistance and Disaster Relief - HADR).

 

Manakala Eksesais Hikmat Bersatu III pada tahun 2010 adalah memberikan fokus pada latihan bersepadu menggunakan aset-aset ketenteraan yang baharu, diikuti dengan Eksesais Hikmat Bersatu IV pada tahun 2012 yang berkonsepkan Konflik Intensiti Rendah (Low Intensity Conflict).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33