Home > Bahasa Melayu
Hubungan Dua Hala Brunei - Kanada Terus Kukuh
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Gabenor Jeneral Kanada, Tuan Yang Terutama The Right Honourable David Johnston dan Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J.Trudeau bersempena dengan Hari Kanada pada 1 Julai.
July 1st, 2016 | 12:17 PM | 1143 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumaat, 1 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Gabenor Jeneral Kanada, Tuan Yang Terutama The Right Honourable David Johnston dan Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J.Trudeau serta juga kerajaan dan rakyat Kanada bersempena dengan Hari Kanada.
Di dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada kepada Gabenor Jeneral Kanada, Tuan Yang Terutama The Right Honourable David Johnston, baginda merakamkan penghargaan tinggi terhadap persahabatan yang rapat dan kerjasama yang sekian lama terjalin serta amat berharga yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing dan baginda berharap akan dapat mengukuhkan lagi perhubungan ini pada masa-masa akan datang.
Sementara titah perutusan Kebawah DYMM kepada Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J.Trudeau, baginda berharap akan dapat bekerja rapat dengan The Right Honourable bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah sekian lama terjalin dan juga dalam kerjasama serantau dan antarabangsa.
Baginda mengakhiri titah-titah perutusan baginda kepada Gabenor Jeneral Kanada, TYT The Right Honourable David Johnston dan Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J Trudeau dengan menyampaikan ucapan muhibah dan selamat menyambut perayaan tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]