Home > Bahasa Melayu
JIPK Jangkau Usia 58 Tahun
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan Majlis Khatam Al-Quran pada Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Doa Kesyukuran dan Khatam Al-Quran sempena Memperingati Ulang Tahun Penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Ke-58 Tahun tersebut. | FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman)
July 1st, 2016 | 12:12 PM | 1888 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 30 Jun. - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) kini menjangkau usianya Ke-58 Tahun sejak penubuhannya pada 1 Julai 1958 lalu.
Bagi memperingati Ulang Tahun Penubuhan tersebut, jabatan berkenaan mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Doa Kesyukuran dan Khatam Al-Quran di Masjid Mohammed Bolkiah, Kampung Serusop, di sini.
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menunaikan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah bersama-sama jemaah-jemaah yang hadir pada Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Doa Kesyukuran dan Khatam Al-Quran sempena Memperingati Ulang Tahun Penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Ke-58 Tahun di Masjid Mohammed Bolkiah, Kampung Serusop.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
Juga hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam; Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar; Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji Mohd. Ali; serta ketua-ketua jabatan di bawah KHEDN, pegawai-pegawai dari JIPK, jemputan-jemputan khas, iaitu bekas-bekas pegawai dan kakitangan yang telah bersara dari JIPK serta ahli-ahli takmir masjid.
ANTARA yang hadir pada Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Doa Kesyukuran dan Khatam Al-Quran sempena Memperingati Ulang Tahun Penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Ke-58 Tahun.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Kesyukuran, diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian sijil penyertaan bagi pegawai dan kakitangan JIPK yang mengikuti 30 juzuk bacaan Al-Quran.
Acara juga diselajurkan dengan Penyerahan Sumbangan Derma kepada 19 Anak Yatim daripada kalangan pegawai dan kakitangan yang pernah berkhidmat di JIPK dan sumbangan derma untuk tabung dana bagi pembinaan masjid di Negara Brunei Darussalam.
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menyerahkan sumbangan derma untuk Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam kepada Imam Masjid Mohammed Bolkiah.
Sepanjang penubuhannya yang melebihi separuh abad itu, JIPK berjaya membuat beberapa pencapaian dan pembaharuan termasuk melancarkan Kauter Pemeriksaan Automatik E-gate bagi pemegang Dokumen Perjalanan Negara Brunei Darussalam jenis biometrik yang mula digunakan pada 1 Julai tahun lalu untuk memberikan penambahbaikan dalam perkhidmatan pemeriksaan imigresen dalam mengatasi masalah kesesakan dan masa menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menyerahkan sumbangan derma anak-anak yatim.
Salah satu lagi pencapaian JIPK adalah kerjasama yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia yang melibatkan waktu operasi bermula 1 September 2015 di kesemua pos kawalan melalui jalan darat, iaitu Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, Daerah Brunei Muara; Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujuh, Daerah Belait; Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan, Daerah Temburong bermula dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]