FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lebih 6 Ribu Menerima Kurnia Peribadi Kebawah DYMM


YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah DYMM di Dewan Resepsi, Istana Nurul Iman. | FOTO: IFNOFOTO

 


 June 29th, 2016  |  08:58 AM  |   4555 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 28 Jun. - Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada golongan tertentu jelas mencerminkan manifestasi kepimpinan baginda yang sentiasa ingin melihat kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Golongan yang memerlukan bantuan ini sentiasa diberi perhatian sewajarnya ke arah meringankan bebanan hidup mereka lebih-lebih lagi dalam suasana menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

 

280616 MASRI005 MALIK

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah DYMM di Dewan Resepsi, Istana Nurul Iman.

 

Sehubungan itu, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan kurnia peribadi baginda kepada penerima-penerima di seluruh negara yang terdiri daripada golongan tertentu sempena Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah / 2016 Masihi.

 

Bagi Daerah Brunei Muara, seramai 6,247 orang daripada beberapa golongan tertentu yang terdiri daripada Orang Berkeperluan Khas (OBK), anak-anak yatim, Penerima Bantuan Kebajikan Bulanan dan Penerima Bantuan Majlis Ugama Islam Brunei menerima kurnia peribadi Kebawah DYMM dalam majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

 

280616 MASRI010 MALIK

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyempurnakan penyampaian kurnia kepada golongan tertentu.

 

Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah DYMM disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku wakil peribadi baginda.

 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah di Dewan Resepsi dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

 

280616 MASRI012 MALIK

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyempurnakan penyampaian kurnia kepada golongan tertentu.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

 

Manakala di Baitur Rahmah, keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

 

280616 RIZAL0070 MALIK

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan menyempurnakan penyampaian kurnia kepada golongan tertentu.

 

Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Awang Ibrahim.

 

Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia mencerminkan kepimpinan baginda yang sentiasa ingin melihat kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, khususnya di kalangan golongan yang memerlukan bantuan sentiasa diberi perhatian.

 

280616 RIZAL9966 MALIK

SUASANA Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah DYMM sempena Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi bagi Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

280616 RIZAL0041 MALIK

 

Majlis Pengurniaan Kurnia Peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada golongan tertentu di kesemua daerah di negara ini adalah kali ketujuh ia diadakan dan merupakan kesinambungan majlis-majlis serupa yang pernah diadakan sebelum ini.

 

Manakala, Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah DYMM bagi Daerah Brunei dan Muara akan diteruskan lagi pada hari Rabu, 29 Jun di Istana Nurul Iman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Nooratini Haji Abas, Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39