Home > Bahasa Melayu
Lebuhraya Telisai - Lumut Kini Dibuka
PEMANGKU Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud semasa memotong reben perasmian Lebuhraya Telisai-Lumut. | FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)
June 29th, 2016 | 08:21 AM | 3495 views
TUTONG
Selasa, 28 Jun. - Projek Lebuhraya Telisai - Lumut yang kini dibukakan kepada lalu lintas bermula hari ini adalah salah satu usaha dalam meningkatkan infrastruktur pengangkutan negara bagi menghubungkan Daerah Brunei dan Muara; Daerah Tutong dan Daerah Belait khususnya memudah cara perhubungan serta peredaran penduduk dan barangan bagi mempergiatkan aktiviti sosioekonomi dalam agenda pembangunan negara.
Pembukaan lebuh raya baharu itu setentunya memberi kemudahan kepada orang ramai terutama sekali kepada pengguna jalan raya di samping mampu mengurangkan aliran trafik di sepanjang jalan Telisai-Lumut terutamanya waktu-waktu sibuk (peak hours) selain meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
PEMANGKU Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud ketika diberikan taklimat mengenai lebuh raya tersebut sebelum perasmian.
Projek yang menelan belanja kira-kira BND168 juta itu melibatkan laluan sepanjang kira-kira 18.6 kilometer dari Telisai ke Lumut termasuk pembinaan enam jambatan dan laluan satu hala jalan penghubung Sungai Paku sepanjang 3.4km yang menghubungkan Sungai Paku dengan jalan Tutong - Seria yang sedia ada.
Pembukaan rasmi lebuh raya tersebut disempurnakan oleh Pemangku Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud.
LEBUHRAYA Telisai - Lumut kini dibukakan bagi lalul intas.
Mula dibina pada 16 Februari 2010 dan siap sepenuhnya pada 31 Mei tahun ini, pembinaan lebuh raya itu dikendalikan oleh CCCC Third Harbor Engineering Co. Ltd. dari China dengan kerjasama syarikat tempatan, Surati Construction Sdn. Bhd.
Hampir BND110 juta digunakan bagi kerja-kerja pembinaan dengan kira-kira 80 peratus daripadanya dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang berdaftar di negara ini.
Orang ramai terutama sekali para pengguna jalan raya diharap supaya mengambil langkah berhati-hati serta mematuhi papan tanda yang telah disediakan apabila melalui kawasan berkenaan demi keselamatan bersama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]