FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Galakkan belia amalkan bacaan Al-Quran


Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman memimpin bacaan Surah Al-Fatihah pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Besar. | Foto: Azmah Haji Ahad

 


 June 27th, 2016  |  09:26 AM  |   1534 views

MUKIM KOTA BATU

 

Ahad, 26 Jun. – Majlis Tadarus Al-Quran Belia dan Beliawanis Masjid Kampung Sungai Besar yang telah diadakan sejak awal bulan Ramadan kini sampai ke penghujungnya dengan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan peserta-peserta yang menamatkan pembacaan 30 Juzuk Al-Quran.

 

Aktiviti Tadarus Al-Quran tersebut melibatkan para belia dan beliawanis dari Kampung Sungai Besar dan sekitarnya dan diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

Majlis Khatam Al-Quran anjuran Takmir dan Muslimah Masjid Kampung Sungai Besar kali ini melibatkan 70 orang peserta belia dan beliawanis serta Ahli Jawatankuasa Takmir dan Muslimah Masjid.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama telah memimpin bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan khatam bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad beramai-ramai oleh peserta khatam.

 

Bacaan Takhtim pula dibacakan oleh Haji Mohd. Ali Taufiz bin Haji Abd. Rahman, Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar manakala Doa Khatam dipimpin oleh Ketua Belia Masjid Sungai Besar, Awangku Hassan Basri bin Pengiran Haji Ismail.

 

Majlis turut diserikan dengan Zikir Marhaban dibawakan oleh AJK Takmir masjid berkenaan.

 

Terdahulu, Yang Berhormat Menteri juga menyempurnakan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan barang dapur kepada ibu tunggal dan orang yang kurang berkemampuan bagi kawasan Mukim Kota Batu.

 

Majlis diselajurkan dengan berbuka puasa dan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

 

Acara berkenaan merupakan salah satu aktiviti Muslimah dan juga Takmir Masjid di bulan Ramadan, selain mendekatkan diri ke masjid dan menggalakkan para peserta untuk terus mengamalkan bacaan Al-Quran sama ada secara perseorangan atau Tadarus dengan lebih sempurna dan teratur.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16