Home > Bahasa Melayu
Cawangan Operasi 'E' Bomba Daerah Tutong anjurkan Majlis Khatam Al-Quran
KETUA Pemerintah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba, Awang Sharin bin Haji Mohd. Jawie semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran dan diselajurkan dengan Tahlil dan Doa Arwah.
June 26th, 2016 | 10:47 AM | 3429 views
TUTONG
Sabtu, 25 Jun. - Cawangan Operasi 'E', Bomba Daerah Tutong mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan diselajurkan dengan Tahlil dan Doa Arwah bertempat di Balai Bomba, Tutong, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pemerintah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba, Awang Sharin bin Haji Mohd. Jawie.
KETUA Pemerintah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba, Awang Sharin bin Haji Mohd. Jawie menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang penerima.
Bertadarus membaca Al-Quran bagi Cawangan Operasi 'E' Bomba Daerah Tutong telah bermula dari awal bulan Ramadan oleh semua peringkat pegawai dan anggota bomba seramai 32 orang mengikut juzuk yang telah ditetapkan.
Pada majlis tersebut juga turut diselajurkan dengan penyampaian derma suka duka kepada pegawai dan anggota Cawangan Operasi 'E' Bomba Daerah Tutong.
CAWANGAN Operasi ‘E’, Bomba Daerah Tutong mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan diselajurkan dengan Tahlil dan Doa Arwah bertempat di Balai Bomba, Tutong.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tutong
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]