FacebookInstagramTwitterContact

 

De Rossi To Remain Boss For 'Foreseeable Future' - Roma Owners           >>           Walsh Eager To Dispatch Chelsea As Barcelona Chase UWCL Double           >>           Juventus Review Ruling As Club Ordered To Pay Ronaldo $10m           >>           Man City's Guardiola Won't Judge Madrid's Defensive Tactics           >>           Kimmich Goal Sees Bayern Beat Arsenal To Enter Semifinal           >>           Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract           >>           Ex-Post Office Chair Defends Himself Against Claims           >>           Royal Bank Of Scotland To Close A Fifth Of Branches           >>           UK Inflation Falls As Some Food Prices Drop           >>           The West Says China Makes Too Much. Its Workers Disagree           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Enam Penuntut Cemerlang Terima Penganugerahan Biasiswa Kementerian Pertahanan


TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit bergambar kenangan bersama penerima-penerima Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Skim Biasiswa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. | FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 May 31st, 2016  |  09:55 AM  |   3220 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 30 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengurniakan titah perkenan bagi penganugerahan Biasiswa Kementerian Pertahanan bagi tahun 2016 kepada enam penuntut cemerlang di negara ini.

 

Majlis Penandatanganan Perjanjian dan Penganugerahan Biasiswa Kementerian Pertahanan bagi tahun 2016 berkenaan berlangsung di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan.

 

Seramai empat penuntut telah diperkenankan untuk dianugerahkan Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi ABDB dan dua penuntut telah diperkenankan untuk dianugerahkan Skim Biasiswa ABDB.

 

Penerima-penerima Anugerah Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi ABDB terdiri daripada Awang Sarohakim bin Haji Mohamed Salim @ Sarohakim Goeting dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait; Dayang Lim Chai Tze dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan; Dayang Hong Zi Ling dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dan Dayang Filzah Nadiah binti Dato Paduka Haji Mohd. Hamid dari Jerudong International School (JIS).

 

300516 AMP3 MINDEF

PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Mohd. Tawih bin Abdullah menandatangani bagi pihak ABDB bagi penerima Anugerah Skim Biasiswa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

300516 AMP2 MINDEF

SETIAUSAHA Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah binti Haji Umar ketika menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan Perjanjian dan Penganugerahan Biasiswa Kementerian Pertahanan bagi tahun 2016 berlangsung di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan.

 

Manakala penerima bagi Anugerah Skim Biasiswa ABDB ialah Dayang Noorhazimah Azma binti Abdul Aziz dari JIS dan Awangku Mohd. Amirrul Syafiq bin Pengiran Kasmirhan dari JIS.

 

Menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah binti Haji Umar.

 

Bagi pihak ABDB ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.

 

Turut hadir menyaksikan penandatanganan perjanjian dan penganugerahan biasiswa tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-18 23:31:16