FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PGGMB disaran terus berjuang dan persiapkan diri


Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid bergambar ramai bersama ahli jawatankuasa. | Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 May 30th, 2016  |  08:51 AM  |   3205 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 29 Mei. - Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) disaran akan terus berjuang dan sentiasa mempersiapkan diri secara fizikal dan mental untuk terus-menerus memberikan sumbangan kepada negara sama ada dari segi pendidikan, perekonomian, kemasyarakatan dan lain-lain lagi.

 

Hal ini kerana PGGMB telah berjaya melaksanakan dan mencapai sebahagian besar daripada matlamat-matlamat penubuhannya walaupun menghadapi beberapa cabaran dan halangan-halangan terutama sekali dalam bidang perekonomian.

 

Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Harun bin Haji Junid semasa merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PGGMB Ke-66 Sesi 2015-2016 berlangsung di Dewan Sekolah PGGMB di Sungai Akar.

 

Menurutnya, PGGMB ditubuhkan dalam tahun 1937 dan didaftarkan secara rasmi dalam tahun 1939 yang kini menjangkau usianya lebih 77 tahun dan sejak penubuhannya, PGGMB memberi sumbangan yang besar kepada negara dalam sama-sama memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, setanding dengan institusi-institusi pendidikan kerajaan dan swasta yang lain.

 

Awang Haji Harun seterusnya menambah, antara visi dan matlamat penubuhannya adalah untuk mengusahakan perpaduan dalam kalangan guru-guru Melayu, meningkatkan taraf hidup, pengetahuan, imej, ikhtisas perguruan dan kebajikan ahli-ahli, mendukung pendidikan nasional, bekerjasama mengatasi pelajaran, mengusahakan kegiatan-kegiatan pendidikan, agama, perniagaan, sukan, kebajikan, kebudayaan serta meningkatkan dan menggalakkan pelajaran anak-anak didikan.

 

Sekolah PGGMB khususnya Cawangan Sungai Akar katanya, mampu mempertahankan statistik pencapaian 100 peratus lulus atau 98 peratus ke atas dalam Peperiksaan PCE / PSR, selama lebih kurang 36 tahun berturut-turut iaitu dari tahun 1980 hingga tahun 2015.

 

Beliau menambah, pencapaian tersebut tidak akan mudah diperolehi tanpa adanya usaha dan kerjasama khususnya para guru sebagai pendidik yang memberikan bimbingan yang sempurna dan penuh dedikasi.

 

Mesyuarat telah dihadiri oleh lebih 200 Ahli Perwakilan PGGMB yang mewakili 15 buah cawangan di keempat-empat daerah.

 

Agenda utama mesyuarat tahunan perwakilan ialah menyemak dan mengesahkan Minit MAP Ke-65 Sesi 2014-2015 serta pembentangan laporan tahunan dan penyata kewangan bagi Tahun Kewangan 2015-2016 yang dibentangkan oleh Setiausaha Kewangan PGGMB selain membincangkan laporan kemajuan-kemajuan yang dicapai oleh sekolah-sekolah PGGMB.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan oleh Pengiran Md. Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marzuki.

 

Setelah persembahan koir 'Semangat Guru' dan persembahan nasyid oleh pelajar Tahun 4 Sekolah Tunas Jaya, Madang, tetamu kehormat melancarkan buku kenang-kenangan PGGMB bertajuk 'Kerana Mu PGGMB Saya Menulis' hasil tulisan dan susunan Awang Haji Antin bin Ahad.

 

Buku setebal 233 muka surat tersebut memaparkan tiga era perkembangan PGGMB sejak ditubuhkan lebih 75 tahun yang lalu. Kandungan buku bermula daripada catatan sejarah penubuhan dan perjuangan PGGMB selain perkembangan semasa dalam hal ehwal ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, keagamaan dan penyertaan PGGMB pada peringkat serantau dan antarabangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16