Home > Bahasa Melayu
Jualan Amal Kementerian Pendidikan Meriah
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ketika memotong ikatan belon tanda perasmian Gerai Jualan Amal Kementerian Pendidikan bertempat di Jerudong Park Amphitheatre. | FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)
May 29th, 2016 | 11:22 AM | 2114 views
JERUDONG
Sabtu, 28 Mei. - Kementerian Pendidikan telah menganjurkan Acara Gerai Jualan Amal selama dua hari bermula hari ini bertempat di Jerudong Park Amphitheatre.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan acara tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.
Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
Acara tersebut merupakan aktiviti yang kedua kali pernah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan yang mana ia diadakan buat pertama kali pada tahun 2005.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan bersama Timbalannya ketika menyaksikan pameran kereta klasik, salah satu aktiviti pada Gerai Jualan Amal tersebut.
Pada tahun ini acara tersebut diselenggarakan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Bahagian Swasta, Kementerian Pendidikan.
Acara tersebut bertujuan untuk memberikan sumbangan derma kepada Tabung IKHLAS Kanak-Kanak berkeperluan khas yang di bawah pengendalian Unit Pendidikan Khas (UPK) untuk persiapan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.
Sebanyak lima peratus daripada hasil jualan acara tersebut juga akan didermakan kepada Tabung IKHLAS Kanak-Kanak berkeperluan Khas yang mana seramai 4,161 telah didaftarkan di bawah UPK.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan bersama Timbalannya ketika menyaksikan salah satu petak gerai jualan yang ikut serta pada Gerai Jualan Amal tersebut.
Kotak derma tabung berkenaan juga akan disediakan yang mana kutipan tersebut akan disalurkan 100 peratus kepada tabung berkenaan.
Barang-barang yang dijual oleh warga Kementerian Pendidikan dan keluarga mereka termasuk barangan sama ada baru atau terpakai seperti pakaian, mainan, majalah dan barangan elektrik.
Di samping itu, aktiviti lain seperti pameran kereta-kereta nostalgia juga diadakan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Haniza Abdul Latif
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]